royalty free images

Friday, September 23, 2011

15/9/11

benar...rasa memberi itu lebih besar dari rasa menerima. sekali orang yang menerima itu gembira dua kali orang yang memberi merasakannya. tepis rasa 'ujub. hilang rasa riya'. buang rasa bakhil. datangkan rasa ikhlas...subhanallah...besar rasa nikmatnya.

"alhamdulillah...murah rezeki anak" ayat keramat yg keluar dari nenek yg duduk bersimpuh depan sebuah kedai sepanjang jalan TAR dalam kesibukkan manusia yang lalu lalang, menadah tangan dengan muka yang begitu manis. bila tidak di beri tetap tersenyum. oh nenek. mahu biar kekal rasa tersebut. benar2 mahu. RM yang sedikit itu terasa besar nilainya. apalah sangat dibandingkan dengan doa dari bibir mu. subhanallah.

Sunday, September 11, 2011

cubaan?

pernah tengok rancangan cubaan kat saluran oasis...yang ustaz akhil hayy jadi pengacara tu..haa...smlm...akhirnya saya tertengok rancangan tersebut. sebelum ni cuma tengok gezet nya sahaja. tapi bukan nak cerita pasal keseluruhan rancangan tersebut atau pasal cara ustaz tersebut mengendalikannya. apa yang menarik hati saya adalah sikap manusia yang boleh di lihat dalam rancangan tersebut. sikap yang mewakili segelintir manusia lain yang berada di luar kotak televisyen. manusia yang berada dalam kotak dunia (walaupun hakikatnya bumi ini berbentuk sfera...kotak di gunakan untuk menyedapkan ayat :D ).

kembali kepada isi sebenar yang mahu ditaip di sini, merujuk pada rancangan tersebut ada 3 slot yang mewakili 3 situasi. situasi pertama - juruwang terlebih kasi duit baki. situasi kedua - ranting menghalang laluan awam. situasi ketiga - seorang makcik menangis2 kehilangan wang di pudu raya yang sudah cantik meletup2. ketiga2 situasi menguji sikap individu yang secara tak sengaja terlibat sama ada memilih untuk ambil kisah atau tidak ambil kisah. rasa2 para pembaca (perasan macam konon2 hot blog yang ramai pembaca :D ) sikap ambil kisah atau tidak ambil kisah yang mendahului?

keluar dari kotak televisyen. itu lah realiti. manusia jika di tanya tentang yang mana baik yang mana tidak pasti boleh membezakan antara duanya. tanpa syak. tetapi bila berkait dengan tindakkan tanpa sedar atau luar sedar manusia akan tetap mengambil peluang yang ada di depan mata walau bukan menjadi hak mereka. manusia akan tetap memandang remeh akan sesuatu selagi tidak memudaratkan diri mereka. manusia akan tetap tidak ambil peduli bila yang terjadi tiada kaitan dengan diri sendiri atau saudara mereka.

sama ada sedar atau tidak...manusia seperti terlupa bahawasanya Yang Maha Melihat itu ada. merujuk pada rancangan tersebut bila di terjah oleh pengacaranya masing2 tahu tindakkan mereka itu di kira salah atau tidak salah. Menurut pada situasi tertentu, ada yang suka di lakukan secara sembunyi2 dan ada juga yang suka dilakukan secara terang2an. contohnya situasi yang merujuk pada rancangan tersebut, wang yang terlebih baki yang di beri oleh juruwang akan diam2 di simpan oleh pembeli. tetapi situasi berbeza, jika pembeli itu yakin ada orang yang tahu tentang kesilapan juruwang tersebut dengan segera pembeli akan memulangkan lebihan wang baki kerana risau dituduh tidak jujur. begitu juga dengan halangan laluan. jika ada yang akan datang menghargai perbuatan seseorang mengalihkan halangan tersebut pasti berbondong2 datang berebut2 mahu mengalihkannya. tetapi jika tidak ada yang mengambil tahu akan tindakkan murni nya itu buat apa susah2 dia mengalihkannya. tidak ada yang melihat. tidak ada ganjaran. situasi makcik yang kehilangan wang, ada individu yang cuma menasihatinya agar buat repot di pondok polis yang berdekatan walau sudah di bilang kakinya sudah lemah mahu berjalan bila mengetahui dia kehilangan wang. masing2 tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah makcik tersebut. renyah nanti. kasihan.

kembali keluar dari kotak televisyen. jika manusia tahu ganjaran seorang yang jujur itu besar. jika manusia tahu menjauhkan org lain dari musibah itu besar. jika manusia tahu ganjaran memudahkan urusan orang lain itu besar. jika manusia tahu setiap tindakkannya di perhatikan, di catat, di ambil kira, di beri ganjaran...subhanallah..pasti tanpa berkira manusia berebut2 mahu berbuat kebaikkan. malangnya....bukan itu yang terjadi sekarang. Yang Maha Melihat itu ada....tapi manusia tidak terasa kewujudanNya. na'uzubillahiminzalik.


Friday, September 9, 2011

nak tulis apa?

nak tulis apa?
dah lama tak update blog

nak tulis apa?
seperti tiada apa mahu di kongsi

nak tulis apa?
tak mahu tulis apa - apa

mahu diam saja