royalty free images

Saturday, July 23, 2011

lapang sebelum sempit

bila datang sempit baru kita terasa kita mahukan lapang. tapi waktu itu apa lagi boleh kita lakukan? bila ada lapang kita sering mensia2kannya. mengisinya dengan yang entah apa-apa. tak pernah bersyukur dengan kewujudannya. kemudian tanpa sapa, sempit tiba. sudah tiada lapang. hilang sekelip mata. mahu di kejar tidak tahu mana patut mula...

lapang sebelum sempit

Sunday, July 17, 2011

ka me ra

ka me ra

saya mau ka me ra jenis ini...sudah berapa tahun saya berazam mahu membelinya...tp faktor kewangan masih belum mengizinkan. mungkin faktor utama adalah belum ada rezeki..atau...mungkin juga faktor saya belum berusaha secukupnya.

saya hanya memiliki ka me ra jenis ini

buat masa ini ka me ra ini lah yang setia di sisi. saya sangat menghargai kewujudannya. banyak memori terabadi cuma di hujung jari. ramai juga yang tersalah anggap saya memiliki ka me ra jenis digital single lens reflex camera atau short formnya lebih dikenali sebagai DSLR...tidak sama sekali. coolpix p80 keluaran nikon ini cuma sejenis ka me ra compact yang ada manual setting...disamping f /2.8-4.5 lens (yang mana saya sendiri faham sikit-sikit tentangnya). apa pun saya bersyukur dengan kehadiran coolpix ini. tapi sebagai manusia normal yang agak suka pada seni foto, saya mahukan kemajuan. dan mendapatkan DSLR adalah satu kemajuan dan kepuasan bagi saya. :). satu harapan.

apa2 pun....orang kata...jenis ka me ra itu tidak penting...yang penting...foto yang kita ambil itu santek...tp bagi saya...foto yang diambil dengan DSLR memang lebih santek. ha ha ha.

tapi persoalan yang terlintas di benak saya kini bila melihat sudah ramai mampu milik ka me ra DSLR seperti di atas ialah....adakah ka me ra sangat penting sehingga bila pergi ke mana-mana pasti ka me ra akan ada tersangkut di leher tidak kira usia. atau pun cuma trend masa kini yang dapat menunjukkan kestyloan seseorang itu...."wahhh...di lehernya ada ka me ra...cool!!!!"...adakah?

yang pasti...ka me ra adalah barang dunia semata...semoga saya tidak tenggelam dengannya. semoga saya sentiasa ingat itu. tidak mendapatnya tidak sedih dan mendapatnya...alhamdulillah...syukur. sungguh...itu cuma barang dunia...jangan kita yang cuma hambaNya bermegah2 dengan dunia milikNya yang nyata sementara.

Thursday, July 14, 2011

cubalah...yakin

hati fikir lain
akal rasa lain
kenapa susah mahu jadi bersama rasa fikirnya
kurang yakin keduanya
jadi saling bergolak dalam jasad yang serupa

cubalah...
yakin sahaja
tak perlu fikir apa-apa
kerana ketetapan hujungnya tentu sahaja bahagia

insyaallah

Wednesday, July 13, 2011

ranting pokok tepi jalan dan tiang lampu langit santek

ranting pokok tepi jalan
tiang lampu langit cantik
dua tempat jadi satu
di bumi ciptaan
Allah pemilik dunia pujaan

satu di korea
satu di thailand
dari filem jadi ilham
sekadar contengan
semoga terkesan
bahawa yang indah itu
adalah abadi milik Tuhan

Subhanallah...cantiknya dunia sementara...pasti akhirat kekal abadi cantiknya berganda
biar terujaku...kembali padaMu...
biar keindahan di mataku...kembali padaMu...
biar cintaku...tetap padaMu
Allah Ya Rahim Ya Rahman

Monday, July 4, 2011

pensil

pensil aku 7 batang kesemuanya!!! haha

- mungkin aku patut sekali sekala pegang pensil semula -

oh..sebelum tu kena pergi cari sketch book dahulu...kehabisan

bosan yang sama

seperti tiada cerita....hari hari yang sama sahaja...kadang kala bosan datang menemani...setianya 'dia'...terima kasih...semoga 'kamu' digantikan dengan perkara yang tidak sia2...oh bosan...bila kamu datang...hari hari rasa sama...sila pergi jauh...cari bahagia 'mu' sendiri...jangan setia di sisi aku...aku merelakan 'kau' pergi...:)