royalty free images

Sunday, November 18, 2012

kita berjanji

Situasi
buat kita lupa janji kita pada diri sendiri

Istiqamah
buat kita tetap ingat janji kita pada diri sendiri

Muhasabah
buat kita sentiasa perbaiki janji kita pada diri sendiri

Ikhlas
buat kita redha jika janji terjadi tak semacam janji kita pada diri sendiri


Kadang2 semangat kita, keterujaan kita tak kekal lama. Bila ada tekanan dari pelbagai sudut, waktu itu baru kita mula mahu buat yang terbaik. Tapi perasaan itu tak tahan lama. Seminggu. Dua minggu. Atau paling lama sebulan dua. Bila tekanan hilang. Bila kita abaikan perasaan. Bila kita tidak lagi memikirkan tekanan dan perasaan ada dua hasil akan kita perolehi, sama ada ketenangan atau pun putus asa.Jadi mana satu jadi pilihan? Tenang atau  Putus Asa. Selalunya tenang kita kecapi bila kita berjaya mengatasi tekanan. Mengatasi diri kita sendiri. Mengimplimentasikan janji pada diri. Dan putus asa pula bila kita sudah malas...malas mahu memikirkan tentang tekanan...tentang perasaan...kita akhirnya sekadar membiarkan. Janji....cuma tinggal janji.