royalty free images

Tuesday, December 14, 2010

biarkan aku jatuh cinta

biarkan aku jatuh cinta...pinjam tajuk lagu st12...

biarkan aku jatuh cinta~

di luh mahfudz...ku berjanji
hanya Engkau ku sembah
hanya Engkau ku percaya
hanya pada Engkau ku beriman
hanya pada Engkau ku memohon pertolongan
hanya pada Engkau ku memohon perlindungan

di dunia...bila ku mula buka mata
perkataan pertama ku dengar
di telinga kiri ku
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
terus ke hati
tulus dan suci
hanya ada Engkau Ya Allah

sekarang....bila mata ku sudah terbuka luas
bila ilmu dunia mula ku kuasai
bila harta dunia mula ku miliki
bila aku boleh mendengar jelas
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
terus ke hati
tapi
yang sudah terkunci
tidak tulus lagi
tidak suci lagi
sudah dilitupi kegelapan
hanya ada...Dunia

astaghfirullahal 'azim Ya Allah

tolong biarkan aku jatuh cinta
tolong
tolong biarkan aku jatuh cinta
pada Mu
selama-lamanya..Ya Allah

biar ilmu ku cari di dunia
cuma untuk jatuh cinta pada Mu
biar harta yang ku cari di dunia
cuma untuk jatuh cinta pada Mu
biar kasih sayang yang ku cari di dunia
cuma untuk jatuh cinta pada Mu
Allah Maha Besar

Dengan izin Mu jua...Aminnn

Friday, November 5, 2010

rasa itu...

tadi....rasa itu datang lagi
rasa gusar...
sekarang....rasa itu masih belum pergi
rasa risau...
Ya Allah...tenteramkanlah jiwa ku

Thursday, November 4, 2010

- - -

tanggal 25 10 2010 aku menyerahkan surat. kelebihan mempunyai cuti yg banyak lagi menyebabkan notis tersebut dipendekkan. sememangnya aku mau cepat2 keluar dari tempat itu. terasa sesak. dengan orangnya. dengan permasalahannya. dengan suasananya. semak!

manusia terlalu berkehendakkan kestabilan. itu lah fitrah manusia. melakukan keputusan yang lebih banyak mengambil kira hal dunia. aishhh. sering terlupa...rezeki itu hak Allah...dan Allah Maha Pemurah memberi dengan caraNya, yang kita sendiri tidak terjangkau akal untuk memikirkan tentangnya.

terlalu takut pada kesusahan sehingga terlalu bergantung kepada dunia. menyempitkan fikiran sehingga menyebabkan rasa tiada jalan. sedangkan Allah sudah menjanjikan kesenangan buat orang yang berusaha. jika ujian yang jadi pengganti..pasti ada hikmah disebaliknya. hikmah yang kita takkan nampak...tapi insyaallah...kita akan rasa...dan apa yang kita mahukan adalah apa yang kita rasa...bukan apa yang kita nampak. material itu soal kedua. ketenangan dan keredhaan itu yang pertama.

yakin. perkataan keramat yang harus aku semat kuat2. tiada yang perlu dirisaukan. kerana qada dan qadar juga adalah hak Allah. dan kekuatan ku adalah usaha dan du'a. Allah suka pada orang yang meminta2 padaNya. bergantung padaNya...bukan pada dunia...

terima kasih Allah...keputusan ku ambil ini..mengetuk akal ku...membuka mata hati ku...menyedarkan aku...kepada Mu lah aku berlindung...kepada Mu lah aku bergantung...kerana Mu lah aku hidup Ya Allah. alhamdulillah -

done-

08-06-2009 until 03-11-2010

berakhir sudah critera si baju hijau
kenangan tercipta
terima kasih Allah

Sunday, August 29, 2010

mahu terus senyum ~

tukar template :)
nampak lebih segar

begitu juga dengan kehidupan
perlu ada pengalaman berbeza-beza
perlu ada gelak tawa
perlu ada tangisan
barulah segar
barulah boleh rasa puas untuk tersenyum ~

sekadar coretan....

lama tidak menulis di blog sendiri. banyak menghabiskan masa di facebook mungkin dan menjerit2 di wall post. namun apa yang pasti...aku tidak rasa ingin menulis. kenapa? sbb nanti pasti penuh dengan emosi. seperti post yg sebelumnya. emosi yang tak stabil mungkin dengan tekanan kerja yang tak pernah lenyap. mungkin...

dan dikesempatan ini...salam Ramadhan dari aku..penulis blog beautiful life...
sejenak aku terfikir...bagaimana kehidupan kalian wahai pelawat blog2 aku...adakah kehidupan kalian indah?

semoga indah2 belaka...subjektif sebenarnya definisi kehidupan yang indah ini...yang perit hari ini pasti akan jadi indah suatu hari nanti...kekeliruan hari ini pasti akan jadi penjelasan buat hari esok..insyaallah ~

sampai ketemu lagi...

Friday, June 18, 2010

keemosian

ini bukan masalah merajuk. ini juga bukan masalah berkira. ini masalah hati. hati terasa. aku tak pernah berkira. aku jenis sedar diri. aku juga akan ingat sampai bila2 jasa dan budi baik org kat aku. tapi kalau org bikin aku sakit hati sampai bila aku boleh sabar? sampai bila aku boleh telan? sakit dowh. terasa. mmg aku emosi. jadi kenapa? mmg itu kelemahan aku. jadi mengapa? tiada ayat lain yang boleh diguna? tiada aksi lain yang boleh ditunjuk? ayat yang menyakitkan dan aksi yang aku seperti menyusahkan? ya, mungkin salah aku juga kerana aku terlalu emosi. jadi apa patut aku buat? biarkan diri ini terus terasa dan bersabar sedangkan org yg berkenaan langsung tak perasan dan terus berlagak dengan sikap penting diri..begitu? mohon maaf walau mgkin org yg berkaitan tak membuka pun blog ini. rasa seperti diri ini cuma di cari bila diperlukan. aku terasa..itu sahaja. alhamdulillah kalian.

Sunday, June 6, 2010

untuk kamu sue!

8 jun 2010
setahun

bnyk benda bermain di kepala. tapi xsempat nak mencatat di sini...apatah lagi nak draf2 je...keh3..malas sebenarnya yang bertamu. haihhhh.

yg sblum2 neh aku sudah terlupa..tp yg 2 3 hari nih aku terpiki ttg kesusahan, kesulitan, kepayahan, kepenatan dan tekanan bekerja...jadi hari ini, ini yang mahu aku taip2kan

masing2 menganggap kerjaya masing2 susah. masing2 rasa tertekan dan ada juga yg menganggap kerjaya org lain lebih mudah berbanding kerjaya dirinya sendiri..atau mungkin ada yg merasakan sebaliknya..(ada ke?)..yg pasti tak penah ada org berasa bersenang2 dalam mencari rezeki halal.

Allah telah menetapkan bahawa rezeki itu adalah hakNya. Pelbagai cara manusia ya'ni hambaNya merasai nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah itu Maha Adil. Memberi kepada makhluknya rezeki sama rata. tapi manusia ini sememangnya mudah lupa. Manusia lupa Allah memberikannya udara yg sama yg disedut oleh semua manusia islam atau bukan islam. Allah memberikannya rasa bahagia, rasa gembira, rasa duka dan segala rasa yg sama dengan manusia lain rasa. Allah memberikan cahaya siang dan malam. Allah memberikan pepohon yg dipenuhi buah2an. Allah memberi tanah yang subur untuk manusia bercucuk tanam. Allah memberi air yg segar untuk dijadikan minuman. apa lagi yang bukan dari Allah?... Subhanallah.

cara hidup kita sekarang menyebabkan kita lupa bahawasanya hidup kita ini bergantung hanya pada Allah. kita bekerja. cukup bulan kita dapat gaji. dengan gaji tersebut kita beli barang2 keperluan harian...secara tak langsung kita sebenarnya telah bergantung pada wang. tak ada wang tak boleh hidup.huhu. wang hanya lah medium. jika kita ada wang tapi tiada barang yang kita beli untuk makan, bagaimanakah? dengan kuasa Allah, Allah menarik nikmat kesuburan tanah. Allah tidak turunkan hujan. Allah meniadakan udara. Na'uzibillahiminzalik...adakah waktu itu wang boleh membeli semua nikmat2 tersebut?

jadi kenapa harus merunggut2 bila tertekan dengan kerja. kenapa harus rasa lelah dengan kerja. kenapa harus rasa terbeban dengan kerja. kenapa harus rasa gembira cuma bila hujung bulan tiba? adakah kerana wang anda bekerja?

bukankah Allah yang memberikan rezeki dan tugas kita sebagai hamba adalah beribadah kepadaNya. jangan lupa..kerja adalah ibadah bila diniatkan pada Allah. apa yang kita dapat setiap hujung bulan itu adalah upah diatas penat lelah kita. dengan upah tersebut membolehkan kita terhindar dari meminta2. terhindar dari hutang. terhindar dari penindasan. jadi bekerja lah dengan ikhlas agar upah itu sentiasa barakah. insyaallah.

dan 8 jun 2010...genaplah setahun saya mencari sesuap nasi dengan berbaju hijau.

bagaimana mungkin kamu akan sentiasa mengingat Allah jika kamu tak pernah di uji?
Allah sentiasa ada dan sentiasa bersama mu...
Subahanallah Walhamdulillah Wala ila ha illallah Wallahu akbar









Monday, May 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah:286)

Saturday, April 24, 2010

blocked


u've been blocked! what should u do? change the route or just remove the cone?

Wednesday, April 14, 2010

susun atur

serabut. harus di susun atur semula. banyak perkara yang dibiarkan. buntu untuk diselesaikan. lelah. sungguhpun dibiarkan tak pernah dilupakan. sentiasa fokus untuk mencari penyelesaian. kesannya pening sendiri. haha. panadol?....selesai.
matlamat mula goyah. maksud hidup mula celaru. fikiran mula kusut. hidup untuk apa? penat mencari jawapan. padahal jawapannya sangat mudah. semuanya berasaskan pada keyakinan dan keimanan. percaya atau tidak, yakin atau tidak?.....selesai.
pernah rasa gembira? atau sepanjang hidup sedih sahaja? menurut sangat kata emosi bukan kata suara hati. yang rasa sakit sendiri. tekanan. binggung. keliru. salah sendiri atau salah situasi? yang luka sedikit ingat sampai mati. yang gembira bahagia sepanjang masa tak pernah nak disyukuri. akibatnya bila sedikit ujian datang diri jadi lemah. salah kan keadaan. salah kan orang lain. diri sendiri tak pernah perasan, mungkin ada sekejap melupakan Tuhan. na'uzubillahiminzalik. biar ujian seteruk mana menduga membawa kepada mendekatkan diri kita kepada Allah, itu lah kebahagiaan namanya.renungkan?...selesai.
mesti mula susun atur hidup :)

Sunday, March 28, 2010

10+18

8 - 20 tahun lalu
18 - 10 tahun lalu
28 - 10 hari lalu

20 tahun lalu saya masih bersekolah rendah. masih senang hati tanpa perlu piki bnyk masalah- tentang duit, tentang hutang, tentang tekanan, tentang segala macam masalah dunia. apa yang saya tahu hanya mahu rasa seronok dan gembira. menghayati hidup kanak2 yang punya hati nurani yang suci, jujur, ikhlas dan telus. waktu itu warna hati pasti masih putih. bersih. zaman kanak2 yang membahagiakan.

10 tahun lalu, saya masih tetap bersekolah. namun persekitarannya berbeza. jauh dari keluarga. jauh dari kampung halaman. sudah remaja. mula berjinak2 dengan tekanan. segala macam. tekanan x cukup duit, tekanan rindu keluarga, tekanan assignment/presentation, tekanan persekitaran..sudah mula dibebani dengan masalah dunia. sudah mula fikir macam2. hati sudah mula resah gelisah. waktu itu warna hati pasti sudah tidak putih lagi. kelabu. zaman remaja yang menjadi asas pada kematangan.

10 hari lalu, bukan lagi bertitle remaja. sudah tua..hahaha..tp masih muda. sudah bekerja. namun semestinya fitrah manusia. xkan puas dengan apa yg dimilikinya.masih mencari. persekitaran yang juga berbeza berbanding 20 dan 10 tahun lalu. dikelilingi manusia yang pelbagai ragam. yang masing2 punya matlamat masing2 dan sanggup melakukan apa saja demi merealisasikannya. ini lah dunia org dewasa. dipenuhi dengan masalah dunia. tgh gila mahu kumpul harta, kuasa dan membina keluarga. bukan saja hati resah malah fikiran juga serabut. waktu itu hati pasti tidak putih lagi. hitam. zaman dewasa yang perlukan kekuatan.

perjalanan hidup manusia dr kecil kepada dewasa. dari tidak pandai berdikari kepada pandai berdikari. dari tidak memiliki harta kepada memiliki harta. dari tidak berilmu kepada berilmu. dari sendiri kepada berkeluarga. banyak perubahan berlaku. namun, kenapa hati x suci seperti kita masih bayi? seperti kita masih kanak2? bukankah lebih dewasa kita, lebih bnyk ilmu kita dan lebih baik perlakuan, adab dan akhlak kita....bukankah?


jangan lupa...kita pernah berjanji di luh mahfuz...janji bahawa hanya kepada Allah kita sembah dan memohon pertolongan. tiada yang lain selain Allah.

jadi, lagi dewasa kita, harus kita lagi dekat dengan Allah. Maha Suci Allah yang Maha Menghidup dan Mematikan.

semoga aku hari ini lebih baik dari aku semalam.
.amin.




p/s: terima kasih buat keluarga dan teman yang mendoakan usia dan kebahagiaanku..semoga sentiasa dalam barakah Allah.





Friday, February 12, 2010

org kata aku....

"saya tahu awak dah mengalah"

"dr cara awak saya tahu awak dah mengalah"


menggeletar mendengar ayat tersebut ditujukan pada diri aku. cuba mengawal perasaan sebaik mungkin. cuba masih tersenyum walaupun pada waktu itu aku rasa mau melenting. mahu marah. namun aku cuba bertahan. dan setiap kata2 yang keluar dari mulut nya aku cuba telan. aku cuba fikir dan cuba renung ayatnya. ya memang...benar. itu kebenarannya. secara luaran nya memang kelihatan mengalah. tapi secara dasarnya aku sebenarnya buntu. aku tidak nampak jalan keluar.kabur. segala tindakan yang ambil, masalah nya masih tetap tidak selesai. malah bertambah rumit. dan hasilnya mberi tekanan buat diri aku sendiri. stress. stress. stress. itu yang rasa. secara tak langsung aku kelihatan seperti tidak kisah...mengalah. tapi itu bukan aku! semestinya bukan aku. cuma aku dalam tekanan.demotivated. dan sekarang, aku rasa nak berterima kasih pada org yang mengutarakan ayat tersebut dengan ikhlas pada aku. aku akan bjuang! pasti dan mesti! aku xkan mengalah! aku xkan mahu dengar lagi kata2 tekanan dalam diri aku. aku xnak mengikut perasaan buntu ku lagi. perasaan yang menyebabkan syaitan bermahajarela dalam hati aku. bersuka ria melihat aku lemah. memporak perandakan hati aku agar tidak yakin dengan pertolongan Allah. Allah Ya Fattah. Astaghfirullahal'azim.
Ya Allah jgn kau biarkan aku lemah...aminnnn

Wednesday, February 10, 2010

rindu

bnyk blog yg aku baca bercerita ttg bulan. bercerita dgn bulan. macam lagu yuna tu jugak...oh bulan! :D
jadi aku pun rasa nak mendonggak langit merenung bulan lah :)

skrip2 dlm filem penah ada cakap mcm ni

" kalau kau rindu aku, kau tenung lah bulan. sesungguhnya pada waktu itu kita sedang merenung bulan yg sama"

wahhh puitis...aku x ingat lah filem mana...tp kebanyakkan filem cintan cintun mmg ada ayat2 romantis camni..haihhh tetibe teringat megi cintan :D ahahahaha


__________________________________________________

bulan
andai ini rasa rindu
biarlah cahaya mu
memenuhi ruang hati ku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah angin malam
menusuk sejuk dalam kalbuku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah engkau turut direnung
seperti aku merenungmu
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah rasa ini tetap
rindu dengan tulus dan mulus
kepada Tuhanku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah air mata ini mengalir

dengan penuh kesyukuran
pada Tuhanku
Allah Yang Maha Pencipta segala Keindahan

sesungguhnya rindu itu indah
bila Allah sentiasa ada dlm ingatan

:akusue


*** mak ayah dan keluarga, sahabat jiwa dan adik sejiwa...saya rindu anda

satu rindu


sila layanz video ini ;D

video

Monday, February 1, 2010

tanpa tajuk

sunnah...perbuatan, ucapan dan amalan Rasulullah.

malam mggu...aku tonton tnylah ustaz di tv9. topik menarik...berkenaan As Sunnah...ustaz nya , ustaz hassan din kalau x silap aku...ke ustaz harun din ntah...aku slalu tertukar dua ustaz ni..aishhh..

slh satu isi yg di utarakan ustaz tersebut yg buat aku terfikir sendiri. kita selalu mengaku percaya pada apa yg di bawa oleh Rasulullah. Mengikut sunnah Rasulullah. Rasulullah rasul dan nabi kita. tetapi....cara mkn kita, cara solat kita, adab kita, akhlak kita, cara pakai kita, pendek kata cara hidup kita di dunia ini, sekarang ini, adakah mengikut sunnah rasulullah?

kita mengaku sebagai umat Rasulullah, mengharapkan syafaatnya...tapi layakkah dengan keadaan diri yang lebih kan hak dunia dr hak akhirat ini?



Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
sumber : link


dan di saat kewafatan Rasulullah SAW,

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

sumber : link

tidak syg kah kita pada Rasul yg di saat kewafatannya masih risau akan umatnya?

"Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat2 baginda sekalian"



avatar

mula2 aku xnak tgk filem ni sbb utamanya adalah kerana makhluknye kaler biru dan bmuka pelik. tapi mggu lepas setelah xde cite apa yg nak di layan..aku dan mbe memilih utk menonton avatar. mbe aku ni dah masuk kali kedua menontonnya. perjalanan cerita yg dipenuhi realiti n fantasi. walaupun fantasi nya agak merapek2 tapi filem ni mpunyai mesej nya yg tersendiri. dan mesej yg aku dapat

"sayangi alam...alam dan anda saling mengimbangi"

di saat pokok besar cuba di tumbangkan dengan berdas2 tembakan dari jet2 pejuang di saat itu aku terasa sngt sebak (agak poyo statement neh..haha)..tapi itulah yg aku rasa. kerakusan manusia! manusia yg sepatutnya menjadi Khalifah di muka bumi ini patut menjaga kebajikan setiap makhluk yg menghuninya namun sikap tamak haloba, rakus, bangga, berkuasa menyebabkan segala ciri2 khalifah yang adil dan bertanggungjawab diabaikan. sehinggakan pokok yang x boleh melawan pun sanggup ditembak dgn menggila.dunia.dan akhirnya pokok besar itu tumbang ke bumi.terganggu lah ekosistem bumi. pernah menonton filem bee movie? cerita ttg lebah2 yang cuba memperjuangkan hak lebah2 sedunia.menghalang eksploitasi manusia terhadap madu2 yg dihasilkan oleh kaum2 lebah tersebut sehingga di bawa ke muka pengadilan..dan lebah2 tersebut telah menang dalam memperjuangkan hak mereka. tapi lebah2 ini terlupa yg alam ini saling berkait, saling memerlukan. bunga yg perlu melalui proses pendebungaan.dan salah satu agen nya adalah haiwan termasuk lebah itu sendiri.

ketika ekosistem bumi terganggu ketika itulah akan wujudnya ketidakseimbangan...dan bermula dari detik itu lah dari segi sainsnya banyak bencana alam yg akan berlaku.

jadi, sama2 lah kita menyayangi alam di sekeliling kita :)

Wednesday, January 20, 2010

bersangka baiklah

org yg bersangka buruk pada ku
atau
aku yg bersangka buruk pada org?
atau
aku bersangka buruk pada diri sendiri
atau
aku bersangka buruk pada Allah?

na'uzibillahiminzalik

sesungguhnya setiap perbuatan itu berkait...kalau kita rasa org bsangka buruk pada kita bermakna kita bersangka buruk padanya yang mana sebenarnya kita bersangka buruk pada diri kita sendiri....dan setiap sesuatu itu adalah dari Allah...maka sebenarnya kita bersangka buruk padaNya...astaghfirullahal'azim

sentiasalah bersangka baik

marah vs sabar

marah menguji diri agar kita lebih sabar
namun kenapa harus rasa marah bila kita tahu ada rasa sabar?
kenapa kita tidak bersabar sahaja?
kenapa kita harus marah?
kerana mahu diri di uji?
atau mahu mengajar diri menjadi lebih bersabar?
maknanya, kita kurang rasa sabar
kita akan rasa marah selagi kita tidak rasa sabar
sesak
semak
dari mencampakkan diri dalam perasaan syaitan durjana itu lebih baik kita bersabar
org yang menang itu adalah org yg berjaya mgawal nafsu amarahnya
marah bukan menguji diri utk bersabar
tidak sama sekali
marah menyebabkan diri kita hilang kawalan
marah menyebabkan kita tidak rasional
marah menyebabkan kita membenci
sabar
sabar
sabar
jangan rasa marah
sabar menguji diri dari tidak marah
itu yg sebenar!
jadi teruskan bersabar :)

Sunday, January 3, 2010

hujan

26/12/09

ya skang dah masuk 2010...tapi ini kisah seminggu sebelum tahun baru. baru ada mood nak menulis. haha.

hari tersebut adalah hari sabtu. selepas berjumpa seorg adik di pudu aku melangkah ke kl sentral. ada projek yang harus disetelkan.haha. selesai hal tersebut aku kembali ke pasar seni. aku lebih suka nek bas metro dari amik komuter dari kl sentral ke serdang.alasannya mudah. aku xmahu tggu lama. namun sudah ditakdirkan aku tetap harus menunggu. ketika aku sudah di dalam lrt, hujan sudah mula turun. dr kl sentral ke pasar seni hanya berjarak satu stesen. sampai di stesen pasar seni hujan sudah mulai lebat. kalau aku tetap redah hujan tersebut memang basah kuyup lah jawapnya. jadi aku putuskan untuk menunggu. bagi sesiapa yang ada payung mereka meneruskan perjalanan tapi bagi yang senasib dengan aku yang tak berpayung, menunggu adalah keputusan yang terbaik walaupun terpaksa dibayar dengan harga sebuah masa yang agak lama. hampir sejam setengah. aku duduk di tangga. itu sahaja yang ada untuk di buat duduk. merenung hujan yang kian lebat. guruh tak usah cakap, mmg kuat gila! mungkin ada yg xsuka hujan kerana ia menjadi penghalang. kerja2 tergendala. menunggu nya berhenti pula, kalau x sabar mmg boleh mendatangkan sesak jiwa. tapi jika terus di renung, disebalik hujan yang menggila itu ada kesejukan. ada ketenangan. hujan yang turun membuat diri kita yang sentiasa kalut mahu mengejar dunia menghentikan langkah sebentar. duduk dan menanti. menenangkan diri. memikirkan keajaiban tuhan..bahawa hujan bukan turun dengan sendiri. walaupun ada fakta sains yang menerangkan kejadian hujan namun hakikatnya hujan adalah bukti kekuasaan Allah yg Maha Agung. tidak dapat di sangkal! kenapa? kerana akal fikiran itu dari Allah. sains yang kita agung2 kan itu adalah milik Allah. Allah yg mewujudkan pengetahuan, memberi ilham buat seseorg itu hingga tercetusnya idea2 yang bagi manusia biasa ini sungguh ajaib. namun dia lupa bahawa keajaiban yang diperolehinya itu adalah kecil dibandingkan dgn keajaiban2 yang wujud di muka bumi ini yang merupakan milik Allah seluruhnya. hujan. besar nikmatnya. tumbuhan2 lebih segar selepas hujan. tanah2 menjadi lebih lembab selepas hujan. langit menjadi lebih bersih selepas hujan. manusia...aku xtahu apa manusia lain rasa....tapi aku rasa lega selepas hujan. seperti baru lepas menangis. kelegaan yang terasa. air hujan seperti mencuci kekotoran bumi yang disebabkan oleh manusia. air mata mensucikan jiwa dari kekotoran yg terpalit di hati...air mata yg ikhlas dicurahkan kepada Allah, kesejukan jiwa terasa seperti ketika baru lepas hujan berhenti. tenang. jadi...biar lah hujan, kerana aku mahu tunggu hujan berhenti. indahnya rasa selepas hujan. SUBHANALLAH.

2.38am

aku belum tido lagi! haha....sepatutnya aku dah tdo kol 1 tadi...tapi tersangkut kat fb sebentar. kemudian email kan gambo2 yang ditangkap tempoh hari pada seorang teman. dan skang baru lepas view blog sendiri. bace n3 yg lama2 balik. tanpa sedar hidup aku mmg banyak berubah. sekeliling sudah berubah. kenalan2 baru. suasana baru. aku mbaca n3 blog aku satu persatu. aku amati isinya. aku lihat tarikhnya. benarlah masa berlalu dgn cepat. catatan yang aku taip di blog ini sedikit sebanyak membantu aku mengingat kembali pengalaman2 yg penah aku lalui dan perasaan2 yg pernah singgah dlm diri aku. namun aku terfikir sesuatu....walau sebanyak mana perubahan disekeliling aku...adakah pemikiran dan sikap ku juga turut berubah? adakah aku menjadi lebih baik dari aku pada hari-hari yang sebelum ini? adakah aku telah berjaya berubah? kehadiran tahun baru selalu dijadikan landasan utk mbuka buku baru. masing2 berkejaran memikirkan azam baru bg menggantikan azam lama yg belum pasti terlaksana. tapi sekurg2nya mereka mempunyai azam dan matlamat. rugilah bagi mereka yg tak tahu dan tak ambil tahu hal apa yang mereka mahu laksanakan dalam hidup. penghujungnya sudah tentu hidup yang kosong. rasa yang sepi. sedangkan jawapan pada persoalan tentang azam dan matlamat itu sentiasa ada dihadapan mata. dan azam selalu berkait dgn perubahan sesuatu kepada sesuatu yg lebih baik. apa yg aku lalui sepanjang tahun 2009 bukan lah apa yang aku azamkan secara terperinci. dan aku bukan jugak jenis seorang yg menetapkan azam setiap tahun. bagi aku azam itu adalah perlu di tetapkan setiap hari, tak kisah pada waktu mana pun..sekilas terdetik di hati niat mahu melakukan sesuatu yang beroleh kebaikkan, maka itu lah azam. sekecil2 azam memerlukan usaha yg besar dan jati diri yg tinggi. masa tidak boleh di anjak. setiap kerdipan mata bermakna sedetik telah berlalu...dan setiap detik yang berlalu kita kdg2 tidak sedar ada perubahan yg telah berlaku. adakah aku masih mahu jadi aku yg dahulu atau aku yg baru sedangkan waktu aku sudah jauh berubah meninggalkan aku? dan aku masih di sini...belum tido dan melayan bunyik perut yg sedang lapo. haishhhh.

***masih belum terlambat untuk aku jalan terus dan mengejar semula apa yang aku tertinggal. yang penting aku masih punya azam untuk berubah kepada yg lebih baik. insyaallah....istiqamah.