royalty free images

Saturday, August 22, 2009

demam

demam. untuk waktu sekarang pasti org disekeliling trauma bila mdgr kenalannya ada yang demam.H1N1.flu yang pemes buat masa kini. mask tiba2 jadi laris. mask yang kat opis aku neh pun aku tepiki jugak nak jual.buka biz mask.dan tadi melalui CM ada pakcik menjual mask.80 sen jeritnye.tak tahu lah aku sebungkus yg dipegangnya itu atau sekeping cuma 80 sen.mahal tuh!bleh wat duit raya.hahaha.

apa yg aku nak cite bukanlah H1N1.aku nak cite bahawasanya aku sedang demam.dah 2 hari dah.tapi alhmdulillah hari ni dah ok.dah bleh nek bas n lrt utk ke rumah kakak aku.cuma nya bila sakit2 mcm ni...agak sedih jugak rasa.nak solatnya, nak bpuasanya, agak lemah rasa tubuh badan.tapi semangat harus kuat.alhamdulillah hari pertama berlalu sudah.

jadi pada sesiapa yang sihat walafiat tu jgn smpai tggu sakit baru rasa nak beramal ibadah. dah sakit kang x larat nak wat hape2 pun.percayalah ckp aku yg sedang demam neh.haish!

semoga amal ibadah kita diterima Allah.Amiiiiiinnn.

Salam Ramdhan2

andai ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir buat kita, adakah kita akan berpuasa hanya untuk berlapar dan dahaga?

andai terawikh kali ini adalah terawikh yang terakhir buat kita, adakah kita akan hanya duduk bergoyang kaki melayan kekenyangan perut selepas berbuka?

andai qiyammullail kali ini adalah qiyammullail yang terakhir buat kita, adakah kita akan masih tidur lena hingga terbit matahari pagi?

andai tadarus kali ini adalah tadarus yang terakhir buat kita, adakah kita akan masih memandang sepi Al-Quran yang terletak cantik di rak sahaja?

andai detik ini detik terakhir buat kita......sempat kah kita mengucap 2 kalimah syahadah dengan sempurna?

na'uzubillahi minza lik

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan tiba lagi
Alhamdulillah Allah panjangkan umur
untuk kita merasai kehadiran Ramadhan kali ini
semoga segala amalan kita
di terima dan dipenuhi barakah
salam Ramadhan buat keluarga, saudara seislam dan sahabat handai.
jika ada tersalah kata dan tersalah laku maafkanlah saya insan yang penuh kelemahan dan kekurangan ini. titipkan secebis doa buat saya dalam doa kalian.
(^ ^)v

Bersyukurlah

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang akan menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak menghiraukan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.