royalty free images

Tuesday, April 28, 2009

Syurga Cinta


Syurga Cinta vs kiamat sudah dekat.
kiamat sudah dekat filem indonesia yg aku rasa tersentuh bila menontonnya.tidak bkesempatan utk menonton di pawagam(di atas sbb keadaan pawagam yg xbest di daerah aku neh) jadi aku hanya menonton melalui cd.aku x tahu apa perasaan org yg menonton cerita itu di pawagam ketika azan dlm cerita itu berkumandang.namun cerita itu memaparkan kejahilan anak2 muda di era negara mengalami kemajuan dan kemodenan.

Syurga Cinta. pada mulanya aku mengklasifikasikan filem ini lbh kurang saja dgn filem kiamat sudah dekat. tapi pada dasarnya 2 filem ini pasti ada perbezaan nya walaupun asas ceritanya mungkin sama, iaitu mengenai kejahilan seorg manusia yg akhirnya diberi peluang oleh Allah utk mndpt hidayah melalui cinta. tetapi! kerana dek kewujudan heliza sebagai pelakon wanita utama dan ini juga lakonan heliza buat julung2 kalinya aku mberi fokus yg lebih pada filem ini.bias?! ah lantak aku lah! muahahaha.dan semalam di astro saluran ria 104 telah menayangkan di sebalik tabir pembikinan filem Syurga Cinta.akan aku tgk 8 juta kali ulang siarannya nanti.pasti!(erk...kalau astro tyg smpai 8 juta kali la). sedutan2 babak dalam filem itu dapat mmberi konklusi bg aku bahawasanya filem ini menarik utk tontonan.ada ilmu yg tersirat dan tersurat, amik yg baik2 saja ya.tetapinye...heheheh babak kesosialan si irham tu melampau2 jek...sekse2 sgt ppuan2 seksi dlm sesetgh babak dalam filem tuh.mgkin pengarah cuba menonjolkan tahap kesosialan si irham itu semaksima mgkin.tetapiii...bnyk sgt tetapi dlm n3 neh..hehe..yg penting heliza belakon best! walaupun cuma menatap wataknya di sebalik tabir...tapi babak gembiranya, babak sedih menangisnya, babak romantik nya (lase nak gelak sekejap) , dan yg penting babak comelnya...es ay bee ay arr...sememangnya pasti tidak mengecewakan...bnyk bintang2 utk heliza.
kiamat sudah dekat aku sudah bagi bintang2. tggu 21 mei ini pula utk bg bintang2 pada syurga cinta.

*****************************

irham menemui jalan islam bila bertemu cikgu syuhadah.hidayah buatnya.kembali ke dunia nyata...Allah bekerja dgn caraNya..kita tidak tahu apa yg ada di sebalik rencana Allah...dan Allah tidak pernah mberatkan hambaNya melainkan utk kebaikkan mereka. lihatlah pada diri sendiri, dan di situ kita akan jumpa Syurga Cinta Allah.Insyaallah.


Monday, April 27, 2009

tunggu teduh dulu


tunggu teduh dulu.hujan pasti berhenti.pelangi akan muncul.dan matahari akan mula menyinar.

kisah salsabila dan betik. setiap page dalam buku ni pasti ada perkataan betik. bnyk ilmu tentang betik telah dicatatkan dlm buku ini. sebelum ni aku xpenah amik perhatian pada betik...tapi selepas baca buku ni..aku rase macam nak mkn betik.haha.aku hanya baca page mula.kemudian buku ini aku peram smpai lepas 2 bulan.dan 2 hari lepas baru tdetik mahu baca semula.dan sangat menakjubkan...aku xbleh stop mbaca nye..kalau omputih ada cite titanic, indonesia ada ayat2 cinta, aku rase malaysia patut bangga dengan tunggu teduh dulu.kalau dulu first novel yg bjaya buat aku baca lagi dan lagi adalah ombak rindu, kemudian beralih pada trilogi tombiruo dan sekarang aku rasa novel yg terselit cerita cinta paling best penah aku baca adalah tunggu teduh dulu.dan yg pasti novel ini bukan tentang kisah cinta sepenuhnya.tunggu teduh dulu sebuah kisah tentang impian seorg wanita.membaca buku faisal tehrani ternyata x sama dengan mbaca novel2 biasa. ada sesuatu di situ.cuba lah baca sentuhannya...

p/s: buat teman sejiwe...tunggu kat depan pintu umah ko ek...kang aku pos..insyaallah =)

Friday, April 10, 2009

buat aku tersenyum


gmbo ni di ambil time raye haji aritu. ramai jugak budak2 datang kutip duit raya walaupun raya haji.dan gmbo ni jugak wat aku tersenyum.

2 biji buah epal

gambar hiasan


hari ni aku dapat 2 biji buah epal jenis fiji
be-sarrrrr
ada sorang auntie beri
sebab aku tolong buat satu kerja untuknya
aku ingat lagi masa dia mula2 datang
aku ingat dia mahu marah2 aku
suaranya satu ofis boleh dengar
punya a lemah lembut aku bcakap dengannya
dan hari ini dia datang lagi
tak lupa bawa 2 biji buah epal untuk aku
terima kasih auntie
walau kita tak sama bangsa
tapi kita rakyat malaysia
budi bahasa budaya kita
2 biji buah epal neh berjaya buat aku tersenyum
selepas satu mangkuk kasi sesak aku punya jiwa


Friday, April 3, 2009

sehari di uum

menuju puncak...eh menuju destinasi =p

dipaksa senyum..ish3

penin wooo pilih bunge yg santek dan murah =p

xdapat beli hamik gmbo pun jd lah =D

sebelum kasik kita bgaye duluuuu

santek....bunge

man of d day

kontrol2

alonggggg...ko kena usha gmbo neh...blurr..aku bjaye mggunakan skill ini

senyum2

pulang marilah pulang mari lah pulang bsame2...terus ujan...huuu

posing x hengat













Thursday, April 2, 2009

apa aku sedang fikir?

melalui penulisan blog, ada org kata dpt memaparkan karakter seseorang itu.benarkah? mungkin blog aku yg celaru dengan entry yang pelbagai tajuk ini menampakkan juga aku sebagai seorg yg keliru.benarkah? yg aku pasti karakter manusia itu berbeza2.tidak mudah untuk seseorang itu mengesan apa org lain fikir kerana ternyata itu di luar kuasa manusia. kecuali lah kalau org itu di anugerahkan kuasa psikik dan mungkin mendalami ilmu kasyaf ataupun mungkin memiliki deria yg ke 6. ditekankan lagi di sini...aku hanya kata mungkin..kerana secara kasarnya memang sukar untuk mengetahui isi hati dan fikiran seseorg itu.betapa uniknya manusia ciptaan Allah. Subhanallah. Batas2 yg kita miliki itulah menunjukkan sifat kita sebagai seorg hamba Allah.


apa hubungannya dengan gambar yg dipaparkan, tajuk dan ayat2 di atas? hubungannya...mudah saja...melalui gmbar tersebut aku yakin sesiapa yg membaca n3 ini akan tahu apa yg aku sedang fikirkan.ya aku sedang fikirkan menu spageti. secara kiasannya, manusia akan tahu seseorg tu sedang berfikir tentang apa jika tuan punya badan itu sendiri memberitahu secara sengaja atau tidak sengaja. tapi jika hanya dengan gambaran yang di berikan manusia tidak boleh membuat kesimpulan bahawa perkara yang diberitahu itu adalah yg berada di fikiran seseorg itu(kerana ceritanya mungkin di tokok tambah dan mungkin auta belaka)...sememangnya manusia cuma nampak perkara yg dia boleh nampak, perkara yang menggunakan logik akalnya. tapi pelik pula bila ada segelintir manusia yg percaya sangat2 dengan perkara tahyul. keliru kah aku? ya, aku keliru kerana aku tidak faham. anda faham?oh ya perkara ghaib sekali2 tidak sama dgn perkara tahyul. jangan disalahertikan pula.


ohhh aku rasa seperti aku sudah meng'complicated'kan entry ini...apa yg aku fikirkan ketika ini mmg hanya spageti.itu saja.titik.

apa matlamat anda?

dalam hidup perlu ada matlamat
dari situ kita akan tahu apa perlu kita buat
sayang sekali bagi sesiapa yang tidak dapat mengenalpasti apakah matlamat dirinya
tapi....mengapa perlu berputus asa
bila dengan izin Allah kita masih punya waktu untuk terus mencari
matlamat hidup
sebagai seorang hamba dan khalifahNya
p/s: pic credit to kak bi