royalty free images

Friday, May 23, 2008

22 May 2008 6.30pm

traffic jam...selalu perkara ini terjadi di bandar2 yg sibuk...tapi kawasan umah aku jugak akan jam bila tibanya ari kamis...sebbnye hanya satu...pasar malam...haiya.melalui kawasan yg sesak yg hanya ada satu lane mmg sgt memenatkan dan memerlukan kesabaran yg tggi utk mengharungi kereta lori motorsikal dan manusia yg semangat soppin kat pasa malam tu....sesak sesak sesak! keh3...bukan ini yg aku mahu cerita.

aku lepak kat jln raya tu hmpir setengah jam...smpat le aku usha2 pgguna jln raya yg lain....

pgguna pertama yg menarik perhatian aku ialah pcik naik motorsikal yg ada belon2 dlm raga motornya.mula2 nampak belon tu hati aku berbelon2...kenape ye org suka bila tgk belon?kat pesta2 pun mesti ada belon...hmm so aku pun membuat andaian mgkin pcik ini melalui kawasan yg ada belon atau kat tempat dia ada pesta dan dia mgambil belon2 tersebut utk dibawa pulang utk anaknya....woahhhhh kasih seorg bapa. aku terfikir pula adakah anaknya akan gembira bila melihat belon tersebut?mcm mana kalau anaknya tak sukakan belon tersebut tapi nak belon yg ada pokodot2 atau yg ada gmbo katun ato xnak belon tapi nak keta mainan...woahhh sedihnye.pasti pcik tu akan rasa sedih....susah2 naik motorsikal dgn ada belon didlm raga motor skali anak nya tidak mahu.huwaaaa sedih...tetiba aku tersedar...adakah aku mghargai org yg selalu dekat dgn ku...

pgguna kedua...pemandu kereta bwm...aku tak tahu series yg mana...tapi keta bmw yg lawa gila the latest nye modellah wana itam lak tu...tetapi pemandunye langsung xde sivil...harap keta je lawa.sbb jam jadi keta mmg pjgggggggggggggggggggg gila.jln raya yg ada 4 lane dah jadi 5 lane..haiya.dgn selambanye keta bmw neh masuk lane lain senang ckp dia masuk lane yg nak kona ke kanan tapi sebenarnye dia nak pegi straight.so dia bagi le signal nak masuk lane yg nak straight tu...xberjaya.so dia ke depan sket.xberjaya jugak.last skali dia kena hon sbb keta blakang keta dia nak lalu.keh3...kesian dia.akhirnya dia terpaksa teruskan perjalanan dgn kona ke kanan...haiya pcik pikiokan org la lain kali.sume org nak cepat.sume org penat...tlglah ikut peraturan.jgn biar sbb anda jalan yg dah sesak jadi bertambah sesak.lu piki la sendiriiii!!!!lagi beso keta rupanya lagi kecik otaknye..huhu.sib baik aku pakai keta kecik je.

pgguna ke tiga....mcik naik motorsikal pmbocengnya anak yg baru balik dr skolah.mungkin anaknya skolah petang atau ada koko kat sekolah sbb tu balik lambat.agak susah utk seorg wanita bawa motorsikal sebenarnya.terkial2 mcik ni sbb keta kat depan dah tak ikut lane...dah block jalan...ada ruang nak lalu pun sempit sgt...huhu.anak yg kat blakang tu duduk saja diblakang.besarnya pggorbanan ibu bapa...susahnya hnya mereka yg rasa demi memberikan yg terbaik utk anak2nya...huhu.

pastu aku dah tak larat usha org....berbagai jenis spesis manusia sbnrnya idup kat muka bumi neh...mcm2 perangai...kaki dah lenguh tekan klac...mulut dah nyanyi2 wlaupun aku tak tau pun lirik..keh3...akhirnya berjaya jugak aku smpai umah.lepas ni nak beli kotobang ah...ari kamis senang sket nak balik umah.keh3.


****teladan yg dapat di ambil dari cite diatas adalah...sentiasa bersabar dan sygi ibu bapa anda.Bahagia selalu ye =)

Thursday, May 8, 2008

kuliah hadis =)

6.5.08 masjid sultanah bahiyah alor setar
kuliah hadis ustz syamsuri
ringkasan: mgenai fitnah yg berlaku ke atas Saidina Usman Bin Affan r.a dan pasal salah satu tanda besar kiamat ya'ni kemunculan ya'juj dan ma'juj.



technical problem...lepas 3 4 minit baru smbung rekod part 2 sbb nset kekurgan memory tpakse delete mende yg dlm nset baru bleh rekod balik...sebelum part 1 stop aku g toilet hak2...so xtesedar part 1 nye rekod tersetop.



***dah start 5 minit baru tpiki nak rekod so time ustz tu cakap nama kitab ngn bab yg dibahaskannya xsempat rekod so kang org state len kat cni detailnye.insyaallah sama2 kita ambil ilmunya =)


surah al-kahfi ayat 83-99 seperti yg ustz syamsuri sebut dalam kuliah di atas

[83]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
[84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
[86]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
[87]
Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
[88]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
[89]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[90]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
[91]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
[92]
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[93]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
[94]
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
[95]
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
[99]
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.


Monday, May 5, 2008

marathon

puas hati aku...lama rasanya tak wat hobi aku yg satu ni.satu ari smlm aku wat marathon 4 movie.walaupun movie2 ni bleh dikategorikan sbg dah basi sbb dah lama ditayangkan n dah lama dah kuar dlm bentuk vcd ato dvd.


tepat jam 3.30ptg aku layan cite ni.baru setgh jam layan...almaklumlah cd pirate dia nye sarikata ya rabbi sgt lintang pukang.tpakse le mggunakan 6sense aku yg tumpul utk menginteperitasikan(mcm slh pggunaan n ejaan je) jalan cerita neh.fokus dan khusyuk adalah rahsia kejayaan aku memahamkan cite ni.tgh2 dok fokus skali mak aku dtg...ajak g umah baru anto lampu...haiya sgt mls mahu drive...sbb xnak jadi anak derhaka aku turuti jua walaupun aku cukup tdk gemar bila pempokusan ku di ganggu.lepas setel sumenye sempat sggh kat petronas beli kopok ngn air kotak laici....menonton perlu ada cikedi(slh eja lagi neh).smbung balik babak yg aku pause tadi...hulamak rasa cam nak mereng je bila nonton cite ngn sarikata mereng smbil makan kopok yg rasa agak mereng...cemana la aku leh tercapai perisa mayonesse n ketchup...huwaaa rasanya sgt pelik.tapi dlm2 mereng tu kopok ni habis lagi awal dr cite di atas.keh3.

dipendekkan cite...cite ni best n sedih.huhu berbuat baik lah dgn org yg tersayang selagi org tersebut masih didepan mata.saya syg anda semua....eh teroverdos plak...hehe




cite kedua aku layan pada jam 5.30ptg...cite ni atas permintaan adik aku yg tingkatan 3 biasalah budak skolah mmg suka cite mcm ni...aku layan jugak lah...kurg2 bleh gelak2.mmg cite ni bleh wat aku gelak jugak la...sengal!




cite ketiga...aku layan kol 8.30mlm...huhu cite ni lagi sengal rupanya.latar yg hitam putih wat aku rasa cam menonton cite p.ramlee nak2 lak muka rosyam nor dlm tu cam mirip2 je ngn p.ramlee...tapi yg aku tensen cite ni ada babak seram.rupanya lagi seram cite antu dlm kaler itam putih dr dlm cite warna warni.siot je...huhu.walaupun cite dia cam penin2..disebabkan bnyk penceritaan yg diceritakan semula sbb xbape klear sgt time si rosyam nor membebel tapi point cite ni agak bagus wlaupun agak mgarut...huhu bagusnye sbb lain drp yg lain..cayalah mamat khalid.keh3



cite keempat..last cite aku layan kol 10.40mlm...aku beli cume2 cite tadi sbb terjumpa cd ni...mula2 nak beli cd ni satu je...skali org kedai tu ckp 4 rm10...hehe..aku redah je lah...ok la tu kan...muahaha...jgn lah kpdhep baca blog aku neh...kalau tak naya...ngeh3.aku rasa teruja nak tgk cite ni sbb cite ni based on novel ayat2 cinta by habiburrahman(kang aku double check author dia)...mula2 layan cite agak penin sbb base indon dia agak pekat...subtitle hnya ada time diorg ckp arab,german n english...time ckp indon mmg kena pokus habis2an...smpai masuk pertengahan cite baru cite ni jadi menarik n aku paham sket.tapi mmg cite ni point dia ttg cinta dlm islam bagus...cuma menurut teman aku yg dah baca novel ayat2 cinta terlebih dahulu...ternyata novel lagi best berbanding filem.tapi cite ni sedih ah.

4 movie aku layan dlm satu ari.persamaan utk keempat2 cite aku layan ni ialah lagu latar yg best.aku suka lagu2 latar dlm keempat2 cite ni.lepas abih layan movie aku gi tgk cite para2 sakura kat tv2...aron kwok...huwaaa emsem n cecilia cheung yg lawa...abeh dahhhh.

Friday, May 2, 2008

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa dia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merobek jiwa dan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya”.
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya.."jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina.
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahwa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”.

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran".
"Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu wujud dan dia ingin berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

~ Dipetik dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 365 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalamu'alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran 104:105)


sumber: copy dari kak Bi