Wednesday, February 10, 2010

rindu

bnyk blog yg aku baca bercerita ttg bulan. bercerita dgn bulan. macam lagu yuna tu jugak...oh bulan! :D
jadi aku pun rasa nak mendonggak langit merenung bulan lah :)

skrip2 dlm filem penah ada cakap mcm ni

" kalau kau rindu aku, kau tenung lah bulan. sesungguhnya pada waktu itu kita sedang merenung bulan yg sama"

wahhh puitis...aku x ingat lah filem mana...tp kebanyakkan filem cintan cintun mmg ada ayat2 romantis camni..haihhh tetibe teringat megi cintan :D ahahahaha


__________________________________________________

bulan
andai ini rasa rindu
biarlah cahaya mu
memenuhi ruang hati ku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah angin malam
menusuk sejuk dalam kalbuku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah engkau turut direnung
seperti aku merenungmu
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah rasa ini tetap
rindu dengan tulus dan mulus
kepada Tuhanku
bulan
andai ini rasa rindu
biarlah air mata ini mengalir

dengan penuh kesyukuran
pada Tuhanku
Allah Yang Maha Pencipta segala Keindahan

sesungguhnya rindu itu indah
bila Allah sentiasa ada dlm ingatan

:akusue


*** mak ayah dan keluarga, sahabat jiwa dan adik sejiwa...saya rindu anda

satu rindu


sila layanz video ini ;D

video

Monday, February 1, 2010

tanpa tajuk

sunnah...perbuatan, ucapan dan amalan Rasulullah.

malam mggu...aku tonton tnylah ustaz di tv9. topik menarik...berkenaan As Sunnah...ustaz nya , ustaz hassan din kalau x silap aku...ke ustaz harun din ntah...aku slalu tertukar dua ustaz ni..aishhh..

slh satu isi yg di utarakan ustaz tersebut yg buat aku terfikir sendiri. kita selalu mengaku percaya pada apa yg di bawa oleh Rasulullah. Mengikut sunnah Rasulullah. Rasulullah rasul dan nabi kita. tetapi....cara mkn kita, cara solat kita, adab kita, akhlak kita, cara pakai kita, pendek kata cara hidup kita di dunia ini, sekarang ini, adakah mengikut sunnah rasulullah?

kita mengaku sebagai umat Rasulullah, mengharapkan syafaatnya...tapi layakkah dengan keadaan diri yang lebih kan hak dunia dr hak akhirat ini?



Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
sumber : link


dan di saat kewafatan Rasulullah SAW,

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

sumber : link

tidak syg kah kita pada Rasul yg di saat kewafatannya masih risau akan umatnya?

"Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat2 baginda sekalian"



avatar

mula2 aku xnak tgk filem ni sbb utamanya adalah kerana makhluknye kaler biru dan bmuka pelik. tapi mggu lepas setelah xde cite apa yg nak di layan..aku dan mbe memilih utk menonton avatar. mbe aku ni dah masuk kali kedua menontonnya. perjalanan cerita yg dipenuhi realiti n fantasi. walaupun fantasi nya agak merapek2 tapi filem ni mpunyai mesej nya yg tersendiri. dan mesej yg aku dapat

"sayangi alam...alam dan anda saling mengimbangi"

di saat pokok besar cuba di tumbangkan dengan berdas2 tembakan dari jet2 pejuang di saat itu aku terasa sngt sebak (agak poyo statement neh..haha)..tapi itulah yg aku rasa. kerakusan manusia! manusia yg sepatutnya menjadi Khalifah di muka bumi ini patut menjaga kebajikan setiap makhluk yg menghuninya namun sikap tamak haloba, rakus, bangga, berkuasa menyebabkan segala ciri2 khalifah yang adil dan bertanggungjawab diabaikan. sehinggakan pokok yang x boleh melawan pun sanggup ditembak dgn menggila.dunia.dan akhirnya pokok besar itu tumbang ke bumi.terganggu lah ekosistem bumi. pernah menonton filem bee movie? cerita ttg lebah2 yang cuba memperjuangkan hak lebah2 sedunia.menghalang eksploitasi manusia terhadap madu2 yg dihasilkan oleh kaum2 lebah tersebut sehingga di bawa ke muka pengadilan..dan lebah2 tersebut telah menang dalam memperjuangkan hak mereka. tapi lebah2 ini terlupa yg alam ini saling berkait, saling memerlukan. bunga yg perlu melalui proses pendebungaan.dan salah satu agen nya adalah haiwan termasuk lebah itu sendiri.

ketika ekosistem bumi terganggu ketika itulah akan wujudnya ketidakseimbangan...dan bermula dari detik itu lah dari segi sainsnya banyak bencana alam yg akan berlaku.

jadi, sama2 lah kita menyayangi alam di sekeliling kita :)

Wednesday, January 20, 2010

bersangka baiklah

org yg bersangka buruk pada ku
atau
aku yg bersangka buruk pada org?
atau
aku bersangka buruk pada diri sendiri
atau
aku bersangka buruk pada Allah?

na'uzibillahiminzalik

sesungguhnya setiap perbuatan itu berkait...kalau kita rasa org bsangka buruk pada kita bermakna kita bersangka buruk padanya yang mana sebenarnya kita bersangka buruk pada diri kita sendiri....dan setiap sesuatu itu adalah dari Allah...maka sebenarnya kita bersangka buruk padaNya...astaghfirullahal'azim

sentiasalah bersangka baik

marah vs sabar

marah menguji diri agar kita lebih sabar
namun kenapa harus rasa marah bila kita tahu ada rasa sabar?
kenapa kita tidak bersabar sahaja?
kenapa kita harus marah?
kerana mahu diri di uji?
atau mahu mengajar diri menjadi lebih bersabar?
maknanya, kita kurang rasa sabar
kita akan rasa marah selagi kita tidak rasa sabar
sesak
semak
dari mencampakkan diri dalam perasaan syaitan durjana itu lebih baik kita bersabar
org yang menang itu adalah org yg berjaya mgawal nafsu amarahnya
marah bukan menguji diri utk bersabar
tidak sama sekali
marah menyebabkan diri kita hilang kawalan
marah menyebabkan kita tidak rasional
marah menyebabkan kita membenci
sabar
sabar
sabar
jangan rasa marah
sabar menguji diri dari tidak marah
itu yg sebenar!
jadi teruskan bersabar :)

Sunday, January 3, 2010

hujan

26/12/09

ya skang dah masuk 2010...tapi ini kisah seminggu sebelum tahun baru. baru ada mood nak menulis. haha.

hari tersebut adalah hari sabtu. selepas berjumpa seorg adik di pudu aku melangkah ke kl sentral. ada projek yang harus disetelkan.haha. selesai hal tersebut aku kembali ke pasar seni. aku lebih suka nek bas metro dari amik komuter dari kl sentral ke serdang.alasannya mudah. aku xmahu tggu lama. namun sudah ditakdirkan aku tetap harus menunggu. ketika aku sudah di dalam lrt, hujan sudah mula turun. dr kl sentral ke pasar seni hanya berjarak satu stesen. sampai di stesen pasar seni hujan sudah mulai lebat. kalau aku tetap redah hujan tersebut memang basah kuyup lah jawapnya. jadi aku putuskan untuk menunggu. bagi sesiapa yang ada payung mereka meneruskan perjalanan tapi bagi yang senasib dengan aku yang tak berpayung, menunggu adalah keputusan yang terbaik walaupun terpaksa dibayar dengan harga sebuah masa yang agak lama. hampir sejam setengah. aku duduk di tangga. itu sahaja yang ada untuk di buat duduk. merenung hujan yang kian lebat. guruh tak usah cakap, mmg kuat gila! mungkin ada yg xsuka hujan kerana ia menjadi penghalang. kerja2 tergendala. menunggu nya berhenti pula, kalau x sabar mmg boleh mendatangkan sesak jiwa. tapi jika terus di renung, disebalik hujan yang menggila itu ada kesejukan. ada ketenangan. hujan yang turun membuat diri kita yang sentiasa kalut mahu mengejar dunia menghentikan langkah sebentar. duduk dan menanti. menenangkan diri. memikirkan keajaiban tuhan..bahawa hujan bukan turun dengan sendiri. walaupun ada fakta sains yang menerangkan kejadian hujan namun hakikatnya hujan adalah bukti kekuasaan Allah yg Maha Agung. tidak dapat di sangkal! kenapa? kerana akal fikiran itu dari Allah. sains yang kita agung2 kan itu adalah milik Allah. Allah yg mewujudkan pengetahuan, memberi ilham buat seseorg itu hingga tercetusnya idea2 yang bagi manusia biasa ini sungguh ajaib. namun dia lupa bahawa keajaiban yang diperolehinya itu adalah kecil dibandingkan dgn keajaiban2 yang wujud di muka bumi ini yang merupakan milik Allah seluruhnya. hujan. besar nikmatnya. tumbuhan2 lebih segar selepas hujan. tanah2 menjadi lebih lembab selepas hujan. langit menjadi lebih bersih selepas hujan. manusia...aku xtahu apa manusia lain rasa....tapi aku rasa lega selepas hujan. seperti baru lepas menangis. kelegaan yang terasa. air hujan seperti mencuci kekotoran bumi yang disebabkan oleh manusia. air mata mensucikan jiwa dari kekotoran yg terpalit di hati...air mata yg ikhlas dicurahkan kepada Allah, kesejukan jiwa terasa seperti ketika baru lepas hujan berhenti. tenang. jadi...biar lah hujan, kerana aku mahu tunggu hujan berhenti. indahnya rasa selepas hujan. SUBHANALLAH.

2.38am

aku belum tido lagi! haha....sepatutnya aku dah tdo kol 1 tadi...tapi tersangkut kat fb sebentar. kemudian email kan gambo2 yang ditangkap tempoh hari pada seorang teman. dan skang baru lepas view blog sendiri. bace n3 yg lama2 balik. tanpa sedar hidup aku mmg banyak berubah. sekeliling sudah berubah. kenalan2 baru. suasana baru. aku mbaca n3 blog aku satu persatu. aku amati isinya. aku lihat tarikhnya. benarlah masa berlalu dgn cepat. catatan yang aku taip di blog ini sedikit sebanyak membantu aku mengingat kembali pengalaman2 yg penah aku lalui dan perasaan2 yg pernah singgah dlm diri aku. namun aku terfikir sesuatu....walau sebanyak mana perubahan disekeliling aku...adakah pemikiran dan sikap ku juga turut berubah? adakah aku menjadi lebih baik dari aku pada hari-hari yang sebelum ini? adakah aku telah berjaya berubah? kehadiran tahun baru selalu dijadikan landasan utk mbuka buku baru. masing2 berkejaran memikirkan azam baru bg menggantikan azam lama yg belum pasti terlaksana. tapi sekurg2nya mereka mempunyai azam dan matlamat. rugilah bagi mereka yg tak tahu dan tak ambil tahu hal apa yang mereka mahu laksanakan dalam hidup. penghujungnya sudah tentu hidup yang kosong. rasa yang sepi. sedangkan jawapan pada persoalan tentang azam dan matlamat itu sentiasa ada dihadapan mata. dan azam selalu berkait dgn perubahan sesuatu kepada sesuatu yg lebih baik. apa yg aku lalui sepanjang tahun 2009 bukan lah apa yang aku azamkan secara terperinci. dan aku bukan jugak jenis seorang yg menetapkan azam setiap tahun. bagi aku azam itu adalah perlu di tetapkan setiap hari, tak kisah pada waktu mana pun..sekilas terdetik di hati niat mahu melakukan sesuatu yang beroleh kebaikkan, maka itu lah azam. sekecil2 azam memerlukan usaha yg besar dan jati diri yg tinggi. masa tidak boleh di anjak. setiap kerdipan mata bermakna sedetik telah berlalu...dan setiap detik yang berlalu kita kdg2 tidak sedar ada perubahan yg telah berlaku. adakah aku masih mahu jadi aku yg dahulu atau aku yg baru sedangkan waktu aku sudah jauh berubah meninggalkan aku? dan aku masih di sini...belum tido dan melayan bunyik perut yg sedang lapo. haishhhh.

***masih belum terlambat untuk aku jalan terus dan mengejar semula apa yang aku tertinggal. yang penting aku masih punya azam untuk berubah kepada yg lebih baik. insyaallah....istiqamah.

Monday, December 28, 2009

cinta dan sayangku sesama manusia...dari sahabatku

aku saje paste kan email dari teman aku neh atas dua sebab;
1) aku takut terdelete email yang sangat bermakna neh
2) aku nak share hikmah yg ada dlm email neh
dan aku mengekalkan keaslian email ini tanpa perubahan sepotong ayat pun
terima kasih sahabat jiwa ku :)

*******************************************************************



CINTA DAN SAYANGKU SESAMA MANUSIA….BUAT SAHABATKU..
Assalamualaikum,
Salam sejahtera buat sahabat jiwaku..semoga warkah ku kali ini mampu mengubat rindu mu…
Sue,
Jam menunjukkan pukul 10mlm, hari khamis mlm jumaat…dan..teka…di mana aku sekarang?..hehehe..aku dirumah bondaku…sesampainya aku petang td di KLIA, ayahanda menjemputku dan kami terus menunaikn solat maghrib di masjid Klia…keletihan aku masih bersisa sue tapi aku rasa bahagia…pada aku ..kepulangan ke pangkuan keluarga adalah segala2nya…melihat wajah ayahanda,bonda serta adinda2 sekalian..melihat bilik aku yg masih berselerak dibuatnye adinda2ku, melihat monster hijau sulley yg sentiasa tersenyum lebar!..ah..cukup la tu…dunia ku sudah lengkap..
Bnyk sbnrnya yg aku hutang kat ko sue….maaf..kekangan waktu membataskan segala2nya…antara nikmat tuhan yg makin ditarik…waktu..perkara yg semakin lama semakin jauh dengan manusia…bukan mudah untuk menulis sue….menulis memerlukan komitmen dan konsentrasi..walaupon aku bukanla sehebat F.Tehrani, tp..harapanku biarla penulisan aku yg sekali sekala ni mampu memberi hikmah kepada yg membaca…
Ok..back to our topic…ape yg aku hutang sbnrnye?..ko ingt lg halaqah topic kasih sayang?..malam yg ko tertido…dan last2, aku yg tengok nye…aku harap aku dpt recall perkara2 penting2nye…Halaqah tu berkisarkan hari valentine..kekeliruan umat islam kite lagi2 muda mudi dengan sambutan hari valentine…sahabatku sue, sesungguhnye..kita sesame umat islam tiap2 hari adalah hari kasih sayang!..antara ko dan aku..tiap2 hari kita menyemai kasih dan sayang tu sue…kasih sayang sesame manusia…hablumminannas...kasih sayang sesame manusia tu sebenarnya adalah tali untuk kasih sayang Allah…
Ada 2 versi Hari Valentine ni sue…pertama, hari valentine ni disambut sempena meraikan dewi cinta pada zaman roman dulu kala…dan versi kedua, versi yg kite selalu dengar….meraikan paderi St Valentine yg beragama roman katolik yg dihukum bunuh kerana dia jatuh cinta dengan orang yg beraliran protestan. Hai….Subhanallah..bile aku pikir manusia2 jahiliah …sempitnya pemikiran…bile fitrah disalurkan pada jalan yang salah…
Antara hamba Allah yg diquote dlm halaqah episode tu..digambarkan betapa cintanya dia kepada Rabbul izzati…Rabia’tul adawiyah…seorang sufi allah…doa yg diceritakn menyebabkan aku bebetul terkesan…doa yg dia duk bace selama 30 tahun dan doa inila yg diulang2… Ya Allah, Jika aku menyembahMu kerana takut kepada NerakaMu, campakkanla aku ke nerakaMu…jika aku meyembahMu kerana dambakan syurgaMu, haramkanla syurgaMu untukku…tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku, perlihatkan keindahan wajahMu kepadaku…Berapa ramai antara kite yang mampu berdoa mcm tu sue?..hanya hamba2 yg betul2 diulit cinta Allah mampu berdoa begitu..moga2 kite tergolong antaranya…
Ada lagi beberapa perkara yg aku masih hutang sue…tp aku dh terasa nk syahid sebentar..aku sudah tak mampu membuka kelopak mataku…terasa lenguh sendi ku..huhu…
Aku ada misi besar pagi besok Insyaallah….semoga aku dipanjangkn umur dan diberi peluang lagi untuk munajat..kekuatan hati bergantung kepada pengabdian jiwa ku kepada yang Esa.Aku hanyalah insan yg sangat lemah dan serba kekurangan…
Oh ya..sue…esok 6 Mac adalah ulangtahun kelahiran ayahanda ku!...insan yg paling istimewa dalam hidupku…tulang belakangku… Antara insan yg membentuk peribadi ku..
2306-khamis-9 rabiulawal...

Tuesday, December 22, 2009

for you


harapan membuat hati menjadi berbunga-bunga
kegagalan memiliki harapan membuat hati tluka
tetapi jangan lupa
yang merealisasikan harapan bukannya kita
tapi Dia Yang Maha Berkuasa menjadi kan segala sesuatu
hanya Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik
harapan yang mungkin penyebab kekecewaan kita hari ini
mungkin akan menjadi penyebab kebahagiaan kita pada masa hadapan

cheer up!

Wednesday, December 16, 2009

maxis broadband

"saya dapat rasa keikhlasan anda"
jazakillahukhaira jaza'
uhibbu anti ya ukhti kathiran!

Sunday, December 13, 2009

Allah Maha Besar

semalam aku bsama 3 org teman keluar berjalan2...dgn erti kata lain keluar bergumbira! haha. segala program telah di rancang...tapi lain pula yang di laksanakan...Allah Maha Besar! merancang utk ke aquaria tapi paginya plan bertukar ke sogo. merancang utk naik tren ke sogo tapi kami hanya naik bas metro dan menapak ke sogo. view yg indah sepanjang jalan kaki :D...errr tapi agak panaz aa...kol 11 weh. sampai di sogo aku bsama dan teman berpecah dgn 2 teman yg len...mencari haluan masing2..ehe...kitorang nak g makan...yg dua lagi nak g soppin. namun plan bertukar lagi....aku dan teman yg berstatus adik keluar dari sogo dan menuju ke maju junction. makan nasi sizzling yang best! Allah Maha Besar!. jalan2 di maju junction keluar ke pertama complex - reject shop- kembali ke maju junction...sempat ada drama sebak...maaf ek..adik!
selesai agenda di maju junction kami kembali ke sogo...window shopping. Allah Maha Besar. bertemu seseorg yg di minati di tempat public tidak termasuk dalam plan kitorang.teruje!walaupun banyak kali dah bertemu...tapi bagi adik dia baru kali ini pernah bertemu. haha...muka terkejut x hengat!..lepak sekejap bersama Miss H amik2 gmbo sedas due...kemudian kitorang menuju ke masjid jamek amik tren ke klcc...hasrat nak tgk wyg..tapi sbb org terlalu ramai dan dah agak petang kitorang x jadi menonton...lepak kinokuniya dan berjalan2 di taman klcc...nyaman...erk walaupun banyak view yg kurang nyaman. haishhh...(kena ada booth tok imam a jaga kat taman tu...mcm2).
tepat jam 6.30 kami keluar dari klcc...menuju ke cm....Allah Maha Besar...x dirancang lagi...kami naik bas yg sama dgn teman yg terpisah sejak pagi tadi...wahhhh...bagaimanakahh...tanpa segala perancangan...segalanya tetap berjalan lancar dan menggembirakan.

Allah Maha Besar. Segala percaturan di dunia adalah dalam kuasa Allah. Allah menetapkan segala sesuatu. tugas kita adalah utk berusaha melaksanakannya dan tidak berputus asa dengan takdir Allah. Siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah...kita seorang hamba yang mpunyai kekuatan dengan berdoa meminta pada Allah. Allah Maha Besar.

ya apa yang terjadi semalam adalah perkara yg menggembirakan...bagaimana pula dgn beban yg tergalas...beban yang x tahu jalan penyelesaiannya...bukan kah Allah itu Maha Besar...perkara yg berat bg kita adalah mudah bagi Allah...meminta padaNya petunjuk utk segala perjalanan hidup...Dunia dan isinya adalah milik Allah..bebanan dan dugaan tanda Allah sayang...Allahuakbar!

senyum


tiba2 rasa nak senyum lepas view gambar seorang teman

senyuman...membawa seribu makna...
amat sinonim dengan kebahagiaan...
tapi di saat ini aku tidak memerlukan senyuman kebahagiaan
tetapi...
senyuman ketabahan....

aku perlukan kekuatan :)

Friday, November 27, 2009

...suara hati

Segala yg kita lakukan x pernah lari dr Allah. Sama ada kita akan mengingatiNya atau tidak, menyedari kehadiranNya atau tidak, merasai kasih syg Nya atau tidak, kita yg akan rugi sebenarnya…kita mbiarkan diri kita jauh dr Allah sedangkan kebahagiaan hidup dunia akhirat itu adalah dengan beribadah kepada Allah. Ibadah yg tidak mencangkupi hal2 spt solat, puasa dan haji. Ibadah ini adalah segala yg kita lakukan hanya kerana Allah. Subhanallah!
Allah lbh dekat dr nadi leher kita sendiri…namun kita tidak pernah merinduiNya tulus lahir dr hati. Kenapa?
***
Diri kita sgt dekat pada Allah tapi kenapa kita terasa jauh? Allah yg jauh dr kita atau kita yg jauh dr Allah? Kenapa kita membenci Allah sdgkan Allah sentiasa bersama kita.membangkitkan rasa mcm2 yg mana rasa2 tersebut adlh milik Allah.astaghfirullahal’azim.
***
Dlm diri kita ada suara hati…manusia selalu keliru antara suara hati dan emosi. Suara hati adalah perkara yg menyebbkan emosi.cthnya sayang menyebbkan rindu. Suara hati sayang mencetuskan emosi rindu. Persoalannya dr mana dtgnya emosi tersebut. Kita merasa rindu. Rindu ibu rindu ayh rindu keluarga rindu sahabat…tapi pernahkah kita tny dr mana dtgnya rindu itu? Ya jwpnnya dr Allah. Allah yg mencetuskan rasa rindu. Jadi pada siapa kita rindu sebenarnya? Kita rindu pada Allah SWT. Pencipta kita! Jadi bagaimana mungkin kita menidakkan kewujudan Allah sedangkan dialah yg kita rindu selama ini. Kita rindu kekasih kita tetapi siapa yg mencipta rasa rindu? Allah! Jadi pada siapa kita rindu sebenarnya?
siapa yang kita rindu sebenarnya?.....sudah tentu jawapannya pada Sang Pencipta Rindu

cinta :D

10 Penyebab Dicintai Allah..

1. Membaca Al-Quran dengan meneliti da memahami makna dan tuntutannya.

2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membanyakkan ibadah sunat setelah memelihara ibadah fardu.

3. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan dengan lidah dan hati dalam pelbagai amalan dan suasana.

4. Mengutamakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT keatas sesuatu yg disukai oleh hawa nafsu serta berusaha meningkatkan rasa cinta kepadaNYa walaupun menghadapi rintangan yg menyukarkan.

5. Mempelajari nama2 Allah SWT dan sifatNYa Yang Maha Sempurna dan menghayatinya.

6. Menyaksikan (meyakini) bahawa segala kebaikan dan nikmat samada yg zahir mahupun yg batil adalah semata-mata kurniaan Allah SWT.

7. Merasa hina dan rendah diri di dalam hati kepada Allah SWT.

8. Sering beribadat dan berkhalwat( bersendirian @ mengasingkan diri d tempat yg sunyi) serta bermunajat kepada Allah SWT di waktu rahmatNYa dekat dengan hamba yg beribada ketika itu ( waktu tahajud) khususnya di waktu akhir malam di samping membaca Al-Quran dengan lidah dan hati serta penuh adab dan kemudian mengakhiri khalwatnya dengan beristighfar dan bertaubat.

9. Banyak mendampingi orang2 (soleh) yg amat mencintai Allah SWT dan RasulNYa serta terbuka hatinya untuk menerima tunjuk ajar mereka sebagaimana memetik buah-buahan yang elok.

10. Menjauhi segala gejala yg boleh merosakkan hati seseorang daripada mengingati dan mentaati Allah SWT

Thursday, November 5, 2009

cerita sisi

kisah seorang ibu dan seorang anak. si ibu dan si anak duduk di kerusi di satu meja di sebuah cafe

pandangan dari sisi kiri

si anak mahu menyuap nasi ke si ibu...


pandangan dari sisi kanan

si ibu memandang si anak yang mahu menyuap nasi ke mulutnya


pandangan sisi depan

si anak marah2 ibunya yg tidak mbuka mulut ketika dia mahu menyuapkan nasi ke ibunya


****mulia sungguh perbuatannya yang mahu menyuapkan makan ke ibunya...tapi haruskah dia memarahi ibu nya sambil menjengilkan mata di khalayak...
****pasti terharu rasa ibunya mpunyai anak yang mahu melayannya ketika makan...tapi tergoreskah hatinya dengan herdikan si anak...


terus memandang sisi belakang

aishhh 2




lamenye x edit gmbo and post gmbo. haishhhhh!

aishhh

dah lame x melukih!!!

Wednesday, November 4, 2009

heh

dah lame gile x menaip...time kasih ke kak leen sbb bawak broadband..bleh gak curik2 men tenet.muahahahaha...bulan 10 ni agak gile sket...macam2 yg wat otak jadi senget...berjaya jugak melepasi akhirnya...melangkah ke bulan 11 bermaksud dah hmpir 2 bulan x balik kampung...haishhhh kalau dulu x payah nak piki2 balik kg neh...mmg ari2 kat umah...balik keje terus balik umah...xde kona2 pegi mane...mandi mkn solat pastu dok tconggok depan tv smpai kol 12. pastu tido...haha..betapa aku merindui kehidupan yang lalu.namun yang pasti itu sudah menjadi kenangan...hal sekarang yang harus dihadapi.chaiyok2!

hargai apa yang ada dihadapan mata
bila sampai masa untuk ia pergi
ia pasti pergi
dan yang tinggal hanya kenangan
biarlah kenangan itu menjadi
kenangan yang indah...(^_^)v

:l

nak balik kampung! lambat nye raye haji.haishhhh!

Saturday, October 3, 2009

snyap sunyi sepi

senyap
rasa hanya angin yang berbisik
sunyi
rasa sendiri tanpa siapa2 di sisi
sepi
rasa lara di hati

senyap sunyi sepi
itu indah
bila sentiasa ingat Allah

kala senyap kala sunyi kala sepi
rasa pada hati
hanya aada Allah
lara hilang di ganti dengan indah

:akusue

taip n3 dr pc k ira

lokasi: library uia
masa: 4.40pm

skang tgh dgr asma' ul husna....wuhu...rindunya suasana begini!

hari ni pergi belaye kat umah aiza. openhouse. laksa fireball yg sedap bisa melelehkan air lio..perghhhhh...nasi himpit ngn masak ayam x tau ape menu yg sngat mengiurkan mata yg memandang n bihun sup yg ada bola2 ikang yang menyelerakan.smlm open spital...mggu depan open opis lak...merata2 mkn free weh.haha.

dah balik dr umah aiza aku melepak skjap kat uia...menembak gmbo2 uia yg cantek2 blaka...haish di saat ini apa yg aku inginkan adalah sebijik laptop!...hua3...jadi sbb x da laptop utk aku transfer gmbo maka xde lah gmbonya....

masuk ke tempat yg penah jadi tempat aku menimba ilmu sgt2 lah menerujakan. segala memori bertamu. tersenyum sorg2. teringat kolej asma. teringat kulliyah ekonomi. teringat teman2 seperjuangan.haha.teringat azim, pipah, waida, shah, alin, ira, deeja, mid, qina, maya, yana.... =)...best nye masa dulu...keh3..tp masa melaluinye terase sgt2 tensen...haha.malah library adalah satu2nya tempat yg aku x suka pergi..haha....kenangan

Tuesday, September 22, 2009

3 bulan di serdang

hahaha n3 ke2..lamanye x memblog slalu sempat wat n3 secara pantas jek.haish. banyak senonye nak tulis tapi nak draft kan je pun x sempat.meh nak cite sket apa yang aku wat kat serdang.

dah masuk 3 bulan.8/10/09 kang masuk lah 3 bulan aku bekerja di serdang. walau pun baru 3 bulan tapi yang aku rasakan adalah seperti 3 tahun lamanya.muahahahahaha.segala2nya perlu di lakukan dengan pantas. perlu catch up hal2 kerja dengan pantas. perlu membuat segala keputusan dengan pantas.pantas2 belaka lah pendek kata.

baru 3 bulan tinggal di serdang, macam2 sudah terjadi.aku kehilangan ic, lesen dan atm kad. situasi yang tiba2 aku rasa macam aku nih org asing.haha.sehelai sepinggang.duit yang di tangan pun ilang jugak.nak kuokan duit xde atm kad.huwaaaaaaaaaaa.alhamdulillah ada fiza dan kakak aku untuk pinjamkan duit.ada ekin untuk bawa aku ke balai polis untuk wat repot dan ada nadia untuk teman aku menangis dalam surau opis aku sewaktu kejadian. sadis2..harap2 jangan kehilangan apa2 lagi.

baru 3 bulan tinggal di serdang, aku tpaksa pergi ke bazar ramadhan hanya dengan 3 ringgit.haha.ini pengalaman yg pasti xkan aku lupakan.aku terlupa bawa purse aku siangnye.jadi sebaik pulang dr opis nak g beli juadah bbuka...yang ada hanya 3 hengget.apa yang anda boleh beli dengan 3 hengget? nasi hayam pun 3 hengget setengah tau!haish.kalau beli murtabak, sure x kenyang sampai saho, nak beli loti john lak...huwaaa xkan nak makan loti je time bbuka..haha...siapa sangka di tgh2 kesbukan bazar ramadhan dengan juadah2 yang banyak2,berkaler2,comel2,cantek2 belaka,mengiurkan dan melelehkan air lio rupa2 nya wujud lagi nasi lemak sengget!haha..jd tanpa berpiki panjang terus aku beli nasi lemak itu yang seperti menunggu2 kedatangan aku.menyambut dengan bau daun pisang.perghhhhhhhhhh.lepas tu jalan2 lagi n aku beli air soya singgit...ada lagi bakinya...aku beli popia.dan malam itu aku berbuka dengan 2 jenis juadah dan satu jenis air.alhamdulillah sudah cukup mengenyangkan malah masih berbaki lagi sebijik popia yg masa beli totalnya 4 bijik dengan halge singgit! besar nilai nya 3 ringgit neh buat aku.alhamdulillah...rezeki Allah itu di mana2, pelbagai bentuk dan cara :)

3 bulan di serdang, 3 repot aku dah hasilkan.bulan june, july n august (tertaip dlm omputeh lak) hoho. buat repot yang lase macam nak muntah.ketas2 yg beterbangan.fail2 berselerakan.xcel yang lembab.jerit2an batin opis2mate yg separuh meroyan nak menyiapkan repot jugak.haish tekanan.tu belum campo time mase nak meeting.pekikan org2 yang nak check repot tu bila dgr lase nak hantok pale kan dinding!tapi alhmdulillah pejam celik pejam celik dan 3 bulan di hantui mende2 tu...macam dah lali pulak.

3 bulan di serdang, dah 2 umah sewa aku sewa.umah ptama ada kekurangan yang menyebabkan aku terpaksa mencari umah sewa lain.dah le mahai.haish!dalam mencari umah sewa faktor lokasi yang terpaksa menjadi faktor utama sbb aku ni x bape terer jalan n x suka sgt memandu.aku lbh suka public transpot dr memandu kete sendiri.muahahaha..betapa hampehnye haku! bukan senang nak cr umah sewa.last2 nye aku jupe umah dlm taman yang same.blakang umah aku jugak.jadi aku memilih untuk menyewa di situ. walaupun terpaksa menolak ajakkan kawan2 utk stay dgn diorg. terima kasih cik HS n cik Q. maafkan saya.hu

3 bulan di serdang, macam2 ragam dan perangai manusia di sekeliling aku yang mula terpamer.dulu mase mula2 x nampak..skang baru jelas dan nyata..siapa boleh dijadikan teman baik, siapa yang boleh jadi teman hai2 bai2 dan sape yang boleh jadi teman tp mesra..eh...haha...apa2 pun jgn bersangka buruk terhadap seseorg.pasti ada alasan2 nya seseorg itu bersikap sedemikian. terima lah seadanya.hoho.tapi penat jugak bila org yg berperangai yg hampeh itu adalah org di bawah anda.haishhhhhh.kena bnyk2 le bsabo.bw2 bsabo ye su!(mgkin org len pun tgh bsabo dgn perangai anda wahai su..muahahahaha)

3 bulan di serdang, baru sekali balik kg. dan laye ini adalah kali ke 2...haish...berterabur betul idup haku.haha

3 bulan di serdang, lokasi paling jauh aku memandu adalah teluk panglima garang di klang.perghhhhhhhhhhhhhh.tpaksa pergi setelah di paksa oleh bos aku yg msem.haish.smpai arini xdpt claim milleage lgi.huh!lokasi kedua paling jauh umah kakak aku kat kota damansara..hehe...semuanya ditemani fiza.haishhh...bila nak drive sorg2 neh....nak blaja drive ke cherassssss..huwaaaaaaaaaaa...nak g umah no 6! haha.

3 bulan di serdang...haish mcm x caye pun ade.haha.

ada bnyk lagi yg berlaku tp stakat ni yang ni je dapat aku recall...ada yg dpt recall tapi x leh taip...tapis2...muahahahahaha...apa2 pun...semoga anda sentiasa bahagia walau di mana jua anda berada (^ ^)v

ramadhan sudah berlalu

berlalu lah sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira

gembira beraya.gembira bergaya.gembira bertemu sanak saudara. ramadhan sudah ditinggalkan.semoga dipanjangkan umur untuk bertemu kembali ramadhan. insyaallah.

ramai memanggil bulan ramadhan sebagai bulan ibadah.kita perpuasa, solat terawikh, tadarus, solat malam dan pelbagai lagi ibadah yang tak pernah kita lakukan dalam bulan2 lain kita lakukan dalam bulan ramadhan.alhamdulillah. semoga amalan2 yang di latih diri untuk dilakukan di dlm bulan ramadhan ini diteruskan di dlm bulan2 lain kerana ibadah skopnya luas bukan sekadar solat dan puasa, sedekah dan sebagainya. bekerja dengan niat lillahitaala juga adalah ibadah.bekerja yang diniatkan kerana Allah itu pastinya secara automatik akan menwujudkan rasa ikhlas, jujur dan bersungguh2. hidup ini sebenarnya dipenuhi oleh ibadah. dan manusia diciptakan sebagai hamba dan khalifah Allah. kita tak kekal di dunia ini. beribadah lah selagi kita mampu.

biarlah gembira yang kita rasa...kita rasa sampai akhirat!

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

buat semua
selamat hari raya aidilfitri
kullu 'am wa antum bi khair
(* *)v
mohon maaf zahir dan batin

Friday, September 4, 2009

post pantas

di penghujung2 detik asar...pertukaran ke maghrib.berakhirnya puasa utk hari ini.haishhhh...post pantas...7.11pm...nak tulis hape? haha...
jujur...ikhlas...susah benar mahu mengimplementasikan nya...ada sahaja dugaan nya...dan aku terima quote di bawah ini dari seorg adik

"apabila dasar sesuatu cita2 mulia, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak"
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan permudahkan urusan ku ini.Amin.
(- -')

Saturday, August 22, 2009

demam

demam. untuk waktu sekarang pasti org disekeliling trauma bila mdgr kenalannya ada yang demam.H1N1.flu yang pemes buat masa kini. mask tiba2 jadi laris. mask yang kat opis aku neh pun aku tepiki jugak nak jual.buka biz mask.dan tadi melalui CM ada pakcik menjual mask.80 sen jeritnye.tak tahu lah aku sebungkus yg dipegangnya itu atau sekeping cuma 80 sen.mahal tuh!bleh wat duit raya.hahaha.

apa yg aku nak cite bukanlah H1N1.aku nak cite bahawasanya aku sedang demam.dah 2 hari dah.tapi alhmdulillah hari ni dah ok.dah bleh nek bas n lrt utk ke rumah kakak aku.cuma nya bila sakit2 mcm ni...agak sedih jugak rasa.nak solatnya, nak bpuasanya, agak lemah rasa tubuh badan.tapi semangat harus kuat.alhamdulillah hari pertama berlalu sudah.

jadi pada sesiapa yang sihat walafiat tu jgn smpai tggu sakit baru rasa nak beramal ibadah. dah sakit kang x larat nak wat hape2 pun.percayalah ckp aku yg sedang demam neh.haish!

semoga amal ibadah kita diterima Allah.Amiiiiiinnn.

Salam Ramdhan2

andai ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir buat kita, adakah kita akan berpuasa hanya untuk berlapar dan dahaga?

andai terawikh kali ini adalah terawikh yang terakhir buat kita, adakah kita akan hanya duduk bergoyang kaki melayan kekenyangan perut selepas berbuka?

andai qiyammullail kali ini adalah qiyammullail yang terakhir buat kita, adakah kita akan masih tidur lena hingga terbit matahari pagi?

andai tadarus kali ini adalah tadarus yang terakhir buat kita, adakah kita akan masih memandang sepi Al-Quran yang terletak cantik di rak sahaja?

andai detik ini detik terakhir buat kita......sempat kah kita mengucap 2 kalimah syahadah dengan sempurna?

na'uzubillahi minza lik

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan tiba lagi
Alhamdulillah Allah panjangkan umur
untuk kita merasai kehadiran Ramadhan kali ini
semoga segala amalan kita
di terima dan dipenuhi barakah
salam Ramadhan buat keluarga, saudara seislam dan sahabat handai.
jika ada tersalah kata dan tersalah laku maafkanlah saya insan yang penuh kelemahan dan kekurangan ini. titipkan secebis doa buat saya dalam doa kalian.
(^ ^)v

Bersyukurlah

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang akan menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak menghiraukan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.