royalty free images

Sunday, December 25, 2011

Rahsia Rezeki

rezeki
fikir sampai kusut

rezeki itu dari mana?
kalau tiada kepercayaan
pasti binggung

rezeki
benar benar hak Allah

kita cuma hamba yang tiada kuasa
fikir rezeki kita
kita sendiri yang punya
fikir kita usaha
hasilnya jadi hak kita

sedangkan rezeki itu
tersembunyi rahsia
Kebesaran
Keagungan
Maha Pemurah
Maha Pengasih
Maha Pemberi Rezeki
AllahuAkbar

biar berusaha bermati matian
kalau bukan belum masa
rezeki itu tidak akan jadi milik kita

rahsia rezeki itu rahsia kebesaran Tuhan..AllahuAkbar

Saturday, December 17, 2011

melihat dunia tanpa warna

petang td sempat menonton sedikit cerita hindustan bertajuk Guru. cerita tu start dengan filem hitam putih. cerita yang berlatarbelakangkan zaman 50an. tp sekejap je part hitam putih tu..lepas tu dah start ada kaler2 dah. cerita tu dah 2 3 kali aku tgk tapi starting td baru 1st time tgk...sblum neh asyik tgk tgh2 cerita dah. cerita pasal seorg lelaki yg tak boleh dgr pkataan 'tak boleh'...xda yang mustahil bagi Guru. dan akhirnya Guru bjaya menjadi bisnesmeng yg tersohor. :)

tapi bukan jalan cerita Guru yg aku nak taipkan dalam entri neh. waktu aku tgk part hitam putih dlm cerita tu tadi, dalam keadaan separa mengantuk aku terfikir bagaimana kalau dunia dilihat tanpa warna. hitam dan putih.

kat fb aku ada create photo album dgn nama 'bila hidup cuma ada hitam dan putih'. kiranya tadi bukan kali ptama aku terfikir pasal hitam putih neh. ha ha ha.

manusia menggambarkan hidup ini dengan menggunakan perkataan warna warni kehidupan.benarkah hidup ini penuh dengan warna? jika benar, warna apa yg mewakili kegembiraan? dan warna apa pula yg mewakili kesedihan? pasang surut dugaan yg tetap akan hadir. ujian yang ternyata bukan sia2 yg harus dihadapi oleh setiap manusia. itu lah kehidupan. mana pernah sunyi dek cubaan.

warna warni kehidupan..seri hidup. jadi kalau cuma ada hitam dan putih, tanpa warna...hidup tiada seri? suram? kelam? hitam?!

hidup kita. kita yang mencorakkannya. kita yang harus memilih warna apa yang kita mahukan untuk hidup kita. kita yang harus memberi warna buat hidup kita.jika mahu warna pelangi? maka, jadikanlah hidup kita sebagai pelangi. sentiasa indah walau gerimis masih belum berhenti.
dan jika hidup kita kelam...dan warna nya hitam...kita masih punya masa untuk memutihkannya dan mewarnakan semula hidup dengan warna yang kita impikan.impian. sebelum sampai waktu terhenti nafas, tertutup rapat mata...kita masih punya kesempatan. jangan pernah lelah untuk mencari ruang mewarnakan semula hidup kita. berdoa dan berusaha.

Allah menjadikan dunia ini penuh dengan warna warna. buat hambaNya tunduk menghayati bukti2 kebesaran Allah. keajaiban Allah. langit itu biru nyaman. rumput itu hijau segar. awan itu putih tenang. malah tanah itu sendiri ada campuran warna2nya..berbeza2..subhanallah ....bukankah tanah asal kita?

hidup kita, pada Allah kita berserah. hidup kita, Allah mengizinkan kita utk mewarnakan. dan andai kita telah tersalah warna...Allah hadirkan ujian...buat warna hidup kita neutral semula...masa itu lah kita melihat dunia tanpa warna...Maha Besar Allah yang memberi peluang untuk kita memilih semula warna warni hidup kita setelah didatangi kelam. lebih baik melihat dunia tanpa warna sebelum hadir warna warna lain. kerana seringkali waktu itu kita akan tahu makna syukur. dengan warna syukur...kita corakkan hidup kita.

warna kan hidup selari dengan warna yang sudah Allah tentukan. :)
insyaallah



Link

Friday, November 18, 2011

keliru sangat

manusia itu sering keliru
antara kerja dengan ibadat
manusia itu sering keliru
antara wajib dengan sunat
manusia itu sering keliru
antara nasib baik dengan usaha kudrat
manusia itu sering keliru
antara nafsu dengan hajat
manusia itu sering keliru
keliru sangat-sangat
dan paling kasihan manusia itu
sering keliru
antara dunia dengan akhirat

Friday, September 23, 2011

15/9/11

benar...rasa memberi itu lebih besar dari rasa menerima. sekali orang yang menerima itu gembira dua kali orang yang memberi merasakannya. tepis rasa 'ujub. hilang rasa riya'. buang rasa bakhil. datangkan rasa ikhlas...subhanallah...besar rasa nikmatnya.

"alhamdulillah...murah rezeki anak" ayat keramat yg keluar dari nenek yg duduk bersimpuh depan sebuah kedai sepanjang jalan TAR dalam kesibukkan manusia yang lalu lalang, menadah tangan dengan muka yang begitu manis. bila tidak di beri tetap tersenyum. oh nenek. mahu biar kekal rasa tersebut. benar2 mahu. RM yang sedikit itu terasa besar nilainya. apalah sangat dibandingkan dengan doa dari bibir mu. subhanallah.

Sunday, September 11, 2011

cubaan?

pernah tengok rancangan cubaan kat saluran oasis...yang ustaz akhil hayy jadi pengacara tu..haa...smlm...akhirnya saya tertengok rancangan tersebut. sebelum ni cuma tengok gezet nya sahaja. tapi bukan nak cerita pasal keseluruhan rancangan tersebut atau pasal cara ustaz tersebut mengendalikannya. apa yang menarik hati saya adalah sikap manusia yang boleh di lihat dalam rancangan tersebut. sikap yang mewakili segelintir manusia lain yang berada di luar kotak televisyen. manusia yang berada dalam kotak dunia (walaupun hakikatnya bumi ini berbentuk sfera...kotak di gunakan untuk menyedapkan ayat :D ).

kembali kepada isi sebenar yang mahu ditaip di sini, merujuk pada rancangan tersebut ada 3 slot yang mewakili 3 situasi. situasi pertama - juruwang terlebih kasi duit baki. situasi kedua - ranting menghalang laluan awam. situasi ketiga - seorang makcik menangis2 kehilangan wang di pudu raya yang sudah cantik meletup2. ketiga2 situasi menguji sikap individu yang secara tak sengaja terlibat sama ada memilih untuk ambil kisah atau tidak ambil kisah. rasa2 para pembaca (perasan macam konon2 hot blog yang ramai pembaca :D ) sikap ambil kisah atau tidak ambil kisah yang mendahului?

keluar dari kotak televisyen. itu lah realiti. manusia jika di tanya tentang yang mana baik yang mana tidak pasti boleh membezakan antara duanya. tanpa syak. tetapi bila berkait dengan tindakkan tanpa sedar atau luar sedar manusia akan tetap mengambil peluang yang ada di depan mata walau bukan menjadi hak mereka. manusia akan tetap memandang remeh akan sesuatu selagi tidak memudaratkan diri mereka. manusia akan tetap tidak ambil peduli bila yang terjadi tiada kaitan dengan diri sendiri atau saudara mereka.

sama ada sedar atau tidak...manusia seperti terlupa bahawasanya Yang Maha Melihat itu ada. merujuk pada rancangan tersebut bila di terjah oleh pengacaranya masing2 tahu tindakkan mereka itu di kira salah atau tidak salah. Menurut pada situasi tertentu, ada yang suka di lakukan secara sembunyi2 dan ada juga yang suka dilakukan secara terang2an. contohnya situasi yang merujuk pada rancangan tersebut, wang yang terlebih baki yang di beri oleh juruwang akan diam2 di simpan oleh pembeli. tetapi situasi berbeza, jika pembeli itu yakin ada orang yang tahu tentang kesilapan juruwang tersebut dengan segera pembeli akan memulangkan lebihan wang baki kerana risau dituduh tidak jujur. begitu juga dengan halangan laluan. jika ada yang akan datang menghargai perbuatan seseorang mengalihkan halangan tersebut pasti berbondong2 datang berebut2 mahu mengalihkannya. tetapi jika tidak ada yang mengambil tahu akan tindakkan murni nya itu buat apa susah2 dia mengalihkannya. tidak ada yang melihat. tidak ada ganjaran. situasi makcik yang kehilangan wang, ada individu yang cuma menasihatinya agar buat repot di pondok polis yang berdekatan walau sudah di bilang kakinya sudah lemah mahu berjalan bila mengetahui dia kehilangan wang. masing2 tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah makcik tersebut. renyah nanti. kasihan.

kembali keluar dari kotak televisyen. jika manusia tahu ganjaran seorang yang jujur itu besar. jika manusia tahu menjauhkan org lain dari musibah itu besar. jika manusia tahu ganjaran memudahkan urusan orang lain itu besar. jika manusia tahu setiap tindakkannya di perhatikan, di catat, di ambil kira, di beri ganjaran...subhanallah..pasti tanpa berkira manusia berebut2 mahu berbuat kebaikkan. malangnya....bukan itu yang terjadi sekarang. Yang Maha Melihat itu ada....tapi manusia tidak terasa kewujudanNya. na'uzubillahiminzalik.


Friday, September 9, 2011

nak tulis apa?

nak tulis apa?
dah lama tak update blog

nak tulis apa?
seperti tiada apa mahu di kongsi

nak tulis apa?
tak mahu tulis apa - apa

mahu diam saja

Saturday, July 23, 2011

lapang sebelum sempit

bila datang sempit baru kita terasa kita mahukan lapang. tapi waktu itu apa lagi boleh kita lakukan? bila ada lapang kita sering mensia2kannya. mengisinya dengan yang entah apa-apa. tak pernah bersyukur dengan kewujudannya. kemudian tanpa sapa, sempit tiba. sudah tiada lapang. hilang sekelip mata. mahu di kejar tidak tahu mana patut mula...

lapang sebelum sempit

Sunday, July 17, 2011

ka me ra

ka me ra

saya mau ka me ra jenis ini...sudah berapa tahun saya berazam mahu membelinya...tp faktor kewangan masih belum mengizinkan. mungkin faktor utama adalah belum ada rezeki..atau...mungkin juga faktor saya belum berusaha secukupnya.

saya hanya memiliki ka me ra jenis ini

buat masa ini ka me ra ini lah yang setia di sisi. saya sangat menghargai kewujudannya. banyak memori terabadi cuma di hujung jari. ramai juga yang tersalah anggap saya memiliki ka me ra jenis digital single lens reflex camera atau short formnya lebih dikenali sebagai DSLR...tidak sama sekali. coolpix p80 keluaran nikon ini cuma sejenis ka me ra compact yang ada manual setting...disamping f /2.8-4.5 lens (yang mana saya sendiri faham sikit-sikit tentangnya). apa pun saya bersyukur dengan kehadiran coolpix ini. tapi sebagai manusia normal yang agak suka pada seni foto, saya mahukan kemajuan. dan mendapatkan DSLR adalah satu kemajuan dan kepuasan bagi saya. :). satu harapan.

apa2 pun....orang kata...jenis ka me ra itu tidak penting...yang penting...foto yang kita ambil itu santek...tp bagi saya...foto yang diambil dengan DSLR memang lebih santek. ha ha ha.

tapi persoalan yang terlintas di benak saya kini bila melihat sudah ramai mampu milik ka me ra DSLR seperti di atas ialah....adakah ka me ra sangat penting sehingga bila pergi ke mana-mana pasti ka me ra akan ada tersangkut di leher tidak kira usia. atau pun cuma trend masa kini yang dapat menunjukkan kestyloan seseorang itu...."wahhh...di lehernya ada ka me ra...cool!!!!"...adakah?

yang pasti...ka me ra adalah barang dunia semata...semoga saya tidak tenggelam dengannya. semoga saya sentiasa ingat itu. tidak mendapatnya tidak sedih dan mendapatnya...alhamdulillah...syukur. sungguh...itu cuma barang dunia...jangan kita yang cuma hambaNya bermegah2 dengan dunia milikNya yang nyata sementara.

Thursday, July 14, 2011

cubalah...yakin

hati fikir lain
akal rasa lain
kenapa susah mahu jadi bersama rasa fikirnya
kurang yakin keduanya
jadi saling bergolak dalam jasad yang serupa

cubalah...
yakin sahaja
tak perlu fikir apa-apa
kerana ketetapan hujungnya tentu sahaja bahagia

insyaallah

Wednesday, July 13, 2011

ranting pokok tepi jalan dan tiang lampu langit santek

ranting pokok tepi jalan
tiang lampu langit cantik
dua tempat jadi satu
di bumi ciptaan
Allah pemilik dunia pujaan

satu di korea
satu di thailand
dari filem jadi ilham
sekadar contengan
semoga terkesan
bahawa yang indah itu
adalah abadi milik Tuhan

Subhanallah...cantiknya dunia sementara...pasti akhirat kekal abadi cantiknya berganda
biar terujaku...kembali padaMu...
biar keindahan di mataku...kembali padaMu...
biar cintaku...tetap padaMu
Allah Ya Rahim Ya Rahman

Monday, July 4, 2011

pensil

pensil aku 7 batang kesemuanya!!! haha

- mungkin aku patut sekali sekala pegang pensil semula -

oh..sebelum tu kena pergi cari sketch book dahulu...kehabisan

bosan yang sama

seperti tiada cerita....hari hari yang sama sahaja...kadang kala bosan datang menemani...setianya 'dia'...terima kasih...semoga 'kamu' digantikan dengan perkara yang tidak sia2...oh bosan...bila kamu datang...hari hari rasa sama...sila pergi jauh...cari bahagia 'mu' sendiri...jangan setia di sisi aku...aku merelakan 'kau' pergi...:)

Thursday, June 30, 2011

Pengumpat

rasa lama tak update blog nih..blog s-aitouch pun macam serabut2 lagi. tak betul2 organize lagi.. juz main post je entry yang rasa nak post. so rasa macam ada sedikit kecelaruan dalam idup je dua tiga menjak neh...ha ha ha. apa2 pun lupa kan sebentar bab kecelaruan si penulis. biar kan dia dengan perasaan celarunya :D. semalam aku mula balik benda yang dah lama aku berhenti dari membuatnya. alhamdulillah...semoga hati aku masih terang untuk itu..dengan izin Allah. doakan saya! dan...aku jumpa sesuatu yang mahu aku kongsi...

tadi pagi juga sempat dengar Ustaz Harun Din berkongsi dalam Tanyalah Ustaz..topiknya Isra' Mi'raj dan wanita. kenapa wanita juga dikaitkan dengan isra' mi'raj? kerana dalam peristiwa tersebut ada pengajaran tentang wanita yang dapat dilihat dari kisah Masyitah, seorang wanita penghulu syurga. dan juga seksaan yang akan diterima oleh wanita terhadap dosa2 mereka. sedikit rujukan aku amik di ahmadrusdi.com sila sudi2 baca lanjutannya hokeh.

Ustaz Harun Din ada cakap tadi menurut peristiwa tersebut, kaum wanita adalah yang paling ramai menjadi ahli neraka dan salah satu sebab nya adalah kerana sikap suka mengumpat yang sangat sinonim dengan wanita. kembali merujuk pada perenggan pertama dalam entri ini. perkara yang aku nak kongsi sebenarnya...membacanya buat aku terdetik untuk post satu entri seperti tajuk di atas. 'Pengumpat'...tahukan anda bahawa ada surah Allah wahyukan pada Rasulullah khusus untuk pengumpat? sungguh aku juga tergolong dalam orang yang lalai dan juga suka mengumpat ini...tanpa sedar. tercela lah bagi ku...semoga hati dan mulut kita sentiasa terperlihara dari mengata2 tentang orang lain...insyaallah...arghh...sungguh kadang2 aku benar2 terlupa dan suka mengikut perasaan. tidak dapat langsung untuk bertahan..kasihan.

Surah Al Humazah (1-9)
adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

*** sumber

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
  2. الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
  4. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah
  5. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
  6. نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
  7. الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ yang (membakar) sampai ke hati.
  8. إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
  9. فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

sesungguhnya kata2 Allah itu adalah benar!



Friday, May 20, 2011

impian vs angan2

impian

saya terbaca perkataan ini di fb seorang teman. di post di wall nya. tulisnya...andai kita tak mampu mengejar impian...berjalan pun boleh....asalkan sampai.

berjalanlah...kalau sesat gps kan ada...haha..entahlah...orang kata tak baik panjang angan2...tapi angan2 dengan impian bezanya cuma dgn wujudnya pkataan usaha. angan2...kita cuma berangan2...mahu buat itu mahu buat ini...mahu dapatkan ini mahu dapatkan itu...tanpa usaha. tapi impian...ada usaha maka tercapailah impiannya. impian boleh bertukar menjadi angan2 bila tiada usaha. dan angan2 boleh menjadi impian bila kita berusaha.

sudah cukup usahakah untuk menukar angan2 anda menjadi impian?
berjalanlah...andai sudah penat berlari...jangan pernah terniat untuk berhenti. titik

Saturday, April 23, 2011

hujan di BMI ~

guruh
belum hujan

mendung
gelap awan
belum hujan

kilat
memancar-mancar
belum hujan

tapi kenapa hati sudah terasa gerimisnya?

hujan di BMI :)

Friday, April 15, 2011

istighfar

dulu
tunggu
tak dapat
sekarang
beralih ke lain
tidak menunggu
dapat

pergi
jangan kau datang
menghasut
menggoda
memenuhi
ruang rasa aku
pergi

aku
tidak mahu
merungut
mengeluh

aku
cuma mahu
bersyukur

ampuni aku Ya Allah kerana terdetik rasa begitu...astaghfirullahal'azim
semoga apa yang aku dapat ini menghampirkan aku denganMu
amin

Friday, April 1, 2011

lain lain lain

hati mahu lain
akal fikir lain
sekeliling pun lain
situasi juga lain
(>,<)m
~ pening ~

Thursday, March 24, 2011

:(

sedih.....bohonglah kalau aku cakap aku tak sedih...tapi.....apa harus aku buat....ini saja aku dapat putuskan buat masa ini~

aku akan cuba untuk terus tersenyum :)

Monday, March 21, 2011

sedih dengan dunia

maaf, tajuk bunyi seperti aku kecewa dengan dunia. bukan. aku bukan kecewa dengan dunia. tidak pernah sama sekali. aku juga tidak putus asa untuk mencari keindahan yg ada dalam dunia ini. kerana dunia ini adalah kepunyaan Allah. diciptakan Allah dengan penuh kasih sayang. Allah mencurahkan kasih sayang nya untuk sekelian isi dunia ini. subhanallah.

jadi apa yang aku sedihkan? sedih. sgt sedih sekali. bila melihat bagaimana isi dunia memulangkan kasih sayang dari Maha Pencipta dunia dengan penuh kejahilan dan kesesatan. bagaimana isi dunia berlumba2 mengejar kemewahan dunia yang ada di depan mata sehingga terlupa untuk mengata syukur dan memuji kebesaran pada Maha Pencipta kemewahan tersebut. astaghfirullahal'azim. sedih. benar-benar sedih.

sang remaja lelaki muslim memakai subang di telinga kiri dan kanan. bercakap di khalayak ramai tanpa adab. sang remaja perempuan muslim menghembus asap berkepul-kepul. rambutnya punya segala warna. ketawa kuat hingga hilang keayuaannya. sang ketua menindas org bawahan; orang bawahan mengumpul dendam; memaki mengumpat di belakang; tiada rasa hormat dan tunggu masa untuk membalas. sang peniaga mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan yang berlebihan; mengenakan riba yang entah apa-apa; keuntungan yang ada dibelanja entah ke mana-mana bukan di jalan pahala. sang ibu melahirkan anak tanpa hubungan halal; dibuang dicampak sang bayi tanpa rasa belas demi menutup noda sendiri; tiada insaf; di buat lagi di ulang lagi. sang bapa melampias nafsu pada waris sendiri; membiar diri menjadi syaitan bermaharajalela untuk merosakkan masa depan seorang yang bernama wanita, anak2 gadis atau pun anak2 remaja, nenek sekalipun dihentam juga. sang jiran ada seperti tiada; kenyang seorang-seorang; senang pun seorang-seorang; bila orang sebelah senang didengkinya, bila orang sebelah susah diketawakannya. sang anak ada yang derhaka; konon terseksa dgn ibu bapa yang dulunya tak menjaga; bila sudah dewasa inilah masanya mahu membalas yang serupa. oh...sungguh ramai lagi sang2 yang tidak mampu untuk aku taip kan di sini.sedih.sangat sedih dengan dunia hari ini.

aku ada terbaca bahawa Allah tidak pernah memandang harta, rupa, pangkat,kuasa atau apa sekali pun yang kita punya di dunia ini. Allah cuma memandang amalan kita. iman kita. hati kita. cuma itu yang Allah ambil kira. tapi kenapa? kenapa manusia tetap mengejar harta? mengejar pangkat? mengejar kuasa? mengejar rupa...sehingga sanggup mengubah kejadiannya. mahu cantik. kononnya. sungguh sedih.

Allah tidak pernah berdusta. janji-janjinya pasti akan terlunas. tidak takutkah? Al Quran di wahyukan buat Rasulullah nabi kita, rasul kita...bukan hanya sebagai penunjuk dan hidayah tapi juga sebagai peringatan, sebagai amaran. ada benda yang di larang. namun kita tetap dgn kejahilan. mengikut kata nafsu yang sebenarnya tipu daya syaitan. hasilnya?...manusia cuma mahukan dunia walau macam mana jua caranya.

oh manusia..terlupa kah...kita akan mati...itu lah cara hakiki yang akan membawa kita bertemu Maha Pencipta yang Esa. dunia yang diagung2kan ini akan hancur bila sampai masa waktunya. jasad yang dibangga2kan akan tenggelam dalam tanah dan di makan ulat ulat rakus sedikit demi sedikit. harta kuasa dan segala yang ada akan ikut hancur bersama dunia. jadi apa yang tinggal? cuma amalan...ya cuma amalan kita. yang itu...yang di ambil kira Allah. jadi bila nyata ajal kita sudah sampai kelak...apa yang mahu kita bawa untuk bertemu Allah...sewaktu mengadap Allah. apa amalan yg kita ada? oh baru teringat...semuanya tertinggal di dunia."ahhhh dunia sudah hancur...jadi apa yang kau ada? apa yang aku ada?" monolog lah dengan diri. jika dunia yang kau kejar...dunia lah kau dapat. itu janji Allah. kau telah dapat dunia...bila sudah mati...akhirat kita pasti tidak ada apa-apa. na'uzubillahiminzalik. dunia...sedihnya dengan dunia.

Ya Allah...jadikan lah kami hamba-hamba Mu yang bersyukur dengan nikmatMu. jauhilah kami dari tipu daya syaitan yang direjam dan kemewahan dunia yang dusta. amiinnn.

Monday, March 14, 2011

menjaga hati ~

menulis. menaip. memadam.delete delete dan menulis dan menaip semula.sudah lama rasa nya tidak mengarang secara berjela-jela dalam blog sendiri. sudah lama juga rasanya tidak merapu dalam blog sendiri. sudah lama. selama ini cuma bicara dengan diri sendiri tanpa mencoretkannya di sini. bermonolog sendiri. tentang kehidupan dan diri sendiri. memilih untuk membuat keputusan. dilema. apa yang terbaik. ternyata sebagai manusia akalnya cetek. pengetahuannya terhad. tidak tercapai dek akalnya apa yang terbaik untuknya.aku sgt pasti tentang itu. tapi keterhadan akal disempurnakan dengan besarnya milik rasa hati. kekuatan rasa hati dapat menyangkal segala apa yang digambarkan secara negatif oleh akal. keteguhan dan kesabaran hati bisa membawa kepada kekuatan diri sesorg. dan kelemahan hati bisa membuatkan semangat akal jiwa dan fizikal nya hilang sama sekali. hati yang mati.

mggu lepas aku bertemu dgn seorang teman. aku yang mmg nya seorg yg emosi dan sensetif bertambah emosi dan sensetif bila berbicara soal kehidupan yang dasarnya bermula dari hati (bicara soal hati bukan berkisar tentang soal cinta sahaja hokeh...sila amik nota :D ). hasilnya air mata aku berjurai2 mengalir. entah mengapa aku rasa sedih. sedih dengan segala2nya. sedih dengan situasi yang aku hadapi. sedih dengan keadaan sekeliling. sedih dengan mulut jahat orang. sedih. sedih dengan rakan2 yang tidak beri perhatian. sedih. sangat sedih. sungguh hati ini mudah sekali terguris. sungguh. Allah Maha Besar. menjadi kan sekecil hati dengan rasa yang sangat besar. sakit walau tak luka...rasanya di hati. gembira walau tak ketawa...rasanya di hati. rindu walau tak nampak...rasanya di hati. cinta walau tak di balas...rasanya di hati. benci walau tak diluah....rasanya di hati. menangis walau tak berair mata....rasanya juga di hati. semua rasa...hati yang rasa dahulu. ternyata...dalam anggota tubuh kita...hati lah harus paling di jaga.

hadith Rasulullah "“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)"


dan perbincangan dengannya tidak sia2 cuma. air mata ku yang mengalir juga tidak sia2 cuma. tidak dinafikan sejak hal itu aku sudah tidak mengubati hati aku dengan ubat jiwa yg sepatutnya. kata2 nya buat aku sedar. kerana emosi aku yang lemah...kerana hati aku yang lemah...letih dan malas menguasai jiwa ku. menguasai hati ku. menguasai diri ku. adakah aku menjadi lebih baik? adakah dugaan yang aku terima menjadikan aku lebih baik? atau aku terus-terusan jauh? benarlah...mudah berkata " aku beriman" tapi sungguh susah membuktikan. Allah mendatangkan sekecil2 dugaan...tapi aku membalas dengan segunung rungutan. astaghfirullahal'azim. sungguh...manusia itu khalifah...tp jangan pernah lupa...manusia itu juga hamba. kuasa khalifah nya bukan datang dengan sendirinya. bila kuat hati nya meyakini dirinya sebagai hamba Allah...maka kuat lah jiwanya untuk mengemudi hidup nya dunia akhirat.

jangan pernah lelah menghidupkan semula hati. menyucikan semula hati. mencari cahaya buat hati.jagalah hati. dirikan solat. berdoa lah. bermujahadah lah. hidup mati cuma kerana Allah.


***nota kaki: ayat dari teman ku buat diri ku...dan aku mahu abadikan di sini..."su..kalau hubungan dengan Allah pun mereka tidak jaga...macam mana mereka mahu menjaga hubungan dengan manusia?" jangan pernah kecil hati dengan org yang begini...maafkan lah mereka su.

Sunday, February 27, 2011

Bulan 3

esok 28022011...maknanya...lusa 01032011...maknanya lagi 18 hari
satu pengakhiran atau satu permulaan?...
maknanya?

apa-apapun...saya tetap suka nombor 3 :)

Friday, February 11, 2011

kau selamanya ~

sampai masa
orang itu akan berlalu pergi
dan meninggalkan kita
sendiri
yang ada
cuma kenangan
dan perasaan
kasih sayang yang bersisa
di hati

teman...
datang dan pergi
bersilih ganti
ada yang masih dihubungi
ada yang sudah menyepi

segala kenangan bersama
diabadi kejap2 dalam hati
sesungguhnya....rasa kasih sayang itu...
sangat misteri
subhanallah ~

Saturday, January 22, 2011

tanda soal

kata orang...kita takkan tahu selagi kita belum cuba
tapi kalau kita tahu apa yang kita cuba itu bukan kesukaan kita
perlukah kita teruskan untuk mencuba?

kata orang...kenapa tak cuba saja kesukaan kita?
tapi kalau kita tahu kita tak tahu dari mana patut kita mula untuk mencuba
apakah jawapan yang kita patut berikan pada orang dan diri kita?

kata orang....sebab itu perlu cuba
kerana tak mustahil yang bukan kesukaan itu akan jadi kesukaan kita...
selepas mencuba...

mungkin?


***haihhh...malam neh nak cuba cari spegeti lah....yang tu memang kesukaan saya :)