royalty free images

Wednesday, May 27, 2009

tanda tanya

kenapa anda perlu membuat pilihan sedangkan anda spesis yang sangat susah untuk membuat pilihan?
(aku rasa pelik ngn ayat aku sendiri..tapi xpe lah..)

Friday, May 22, 2009

semalam 21 May 2009

awal2 pagi sudah keluar rumah...nak tengok seseorg di MHI pun xsempat :D sampai awal di tempat kejadian.dah sampai2 tu kena pakai nametag.haha.dr 11pg smpai 2.30 ptg baru selesai.sambil tggu turn berbual2 dulu dgn org yg seangkatan di situ.ada jugak yg rupanya junior aku di uni dulu n ada sorg tu mbe se tuisyen.rase sedikit patriotik smlm sbb spjg masa cuba menghafal nama menteri dan teras yg terkandung dlm PIPP.sesi terakhir walau sempat wat babak menggigil (sabooo jelah!) aku bleh berbual dgn org yg berpangkat tuan di dlm bilik kejadian.dengan seikhlas hatinye mberi pndangan dan dgn seikhlas hati juga aku sengih mdgr sume jawapan dia.hua3.

selesai di situ agenda kedua bermain dalam kepale.informer mengatekan tiada tygn di Alor Star Mall yang mana agak bleh tahan sound system di situ.nak pergi time malam mesti xmemenuhi piawaian mak ayah aku. jadi aku memujuk pemandu yg ala2 F1 tu menukar arah ke Jitra. cdgn aku di persetujui sebulat suara.hua3.gembira hidup ini!



akhirnya dengan baju kurung ala2 ayu berwarna pink aku redah.masuk dan duduk dengan penuh berbunge di hati dan di baju (sbb baju aku pun berbunge2 gak).aku di seat tgh.sebelah kiri dan kanan aku ada 2 orang yg ada pertalian darah dengan ku.aku menonton dengan keluarga! syg nye x sempat balik tukau pakai tsirt yg khas dikeluarkan sempena SYURGA CINTA.haishhhhhh.



masih ingat n3 syurga cinta vs kiamat sudah dekat?haaaa cite ini sama sekali tidak sama dgn kiamat sudah dekat. dialog2 dlm filem ini bukan setakat dialog yg cikai2.ada sesetghnya benar2 menusuk kalbu.nak2 pula dilafazkan dr bibir cegu syuhadah.meleleh dengarrr.pada mulanya niat menonton adalah utk melihat pelakon wanita utama nya beraksi...tetapi sebaik sahaja filem ini bermula secara tidak langsungnya aku tertumpu pada jalan ceritanya.dalam erti kata lain, aku telah menonton filem, bukan nya menonton pelakon2nya.semuanya saling bergantung utk mjayakan filem tersebut.karakter2 dalam filem ini berpadu dan menjadi satu.masing2 ada kimia menyebabkan aku tidak nampak kelemahan atau kelebihan lakonan pelakon2nya,yang aku nampak adalah sebuah filem. paling aku tersentuh apabila irham membaca lafaz bismillah ketika mahu meneguk air yg haram di minum.subhanallah.Allah telah memberi hidayah dan panduan melalui Rasul2nya, melalui Al-Quran. Amalan2 baik kita yg diniatkan kerana Allah adalah ibadah.dan amalan2 baik ini lah yang akan mencegah kita kepada kemungkaran. penuh berharap agar sesiapa yg menonton filem ini akan terasa sesuatu di hujung cerita...terasa cinta.




"Syu..awak pernah bercinta?" "Pernah...cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada keluarga, cinta pada teman2 dan yg paling penting cinta pada diri sendiri"
(baru tgk sekali, dialog xdpt di ingat dgn sempurna.p/s: k zeq tlg alter ayat ini...)


"kdg2 Allah sembunyikan matahari, didatangkan petir dan kilat, kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa2nya Allah ingin memberi kita pelangi"
"andai seseorg itu hadir dalam hidup saya dan dia terpaksa meninggalkan saya krn sesuatu sebab..saya redha krn dia pernah membahagiakan saya.."

Monday, May 18, 2009

'0'

kay




oo




es




oo




en




gee

June 09

dan tiba-tiba aku rasa takut...haishhhhhh...kuat kan semangat aku untuk meredah bulan June

Friday, May 15, 2009

21 May 2009

buat pertama kali melepasi tanpa perlu membuat rayuan.berdebar?.mungkin.nervous?.memang.
tak sabar?.ada jugak la.sebab aku malas nak di hantui perkara ini.
Doakan yg terbaik.
selepas lama menanti...buat pertama kali....
ada 2 perkara dalam tarikh 21 May 2009
(^-^)v chaiyok2

Thursday, May 7, 2009

Peringatan buat wanita

Assalamualaikum,Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu denganRasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggi lRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberis alam dan mberi tazkirah seperti berikut:
'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahaikaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak dineraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yangmenyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
'Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialahseperti contoh di bawah:
Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih takkunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkinberkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti katamenyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepatmenyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hattasuami pun kena sumpah.
Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanyaoleh seorang suami yang kurang faham apa yangdimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa,seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkauberbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang diakehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya taknampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsungdari Arab).
Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin bolehdikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yangberkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikanawak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruhkaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, keranaia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang bolehmenjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yangdisebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulissebagai orang yang lupa (nyanyuk).'Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-mudalagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannyalebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untukmencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalanzikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggaprezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau hartabenda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasihsayang dan anak-anak.
Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utamaialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidakmenyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendakmenambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri RasulullahSAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hatiRasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat bagindaSAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehinggasering menyebut nama beliau. Kadangkala hinggamenimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteribaginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kaliselepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAWpernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
***sumber: email dr teman

Doa

~Tuhanku, Masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran; dan kurniakanlah kepadaku daripada Mu pembantu~
Amin Ya Rabbal'alamin