royalty free images

Thursday, May 7, 2009

Peringatan buat wanita

Assalamualaikum,Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu denganRasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggi lRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberis alam dan mberi tazkirah seperti berikut:
'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahaikaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak dineraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yangmenyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
'Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialahseperti contoh di bawah:
Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih takkunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkinberkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti katamenyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepatmenyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hattasuami pun kena sumpah.
Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanyaoleh seorang suami yang kurang faham apa yangdimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa,seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkauberbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang diakehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya taknampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsungdari Arab).
Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin bolehdikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yangberkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikanawak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruhkaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, keranaia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang bolehmenjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yangdisebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulissebagai orang yang lupa (nyanyuk).'Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-mudalagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannyalebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untukmencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalanzikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggaprezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau hartabenda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasihsayang dan anak-anak.
Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utamaialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidakmenyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendakmenambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri RasulullahSAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hatiRasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat bagindaSAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehinggasering menyebut nama beliau. Kadangkala hinggamenimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteribaginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kaliselepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAWpernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
***sumber: email dr teman

No comments: