royalty free images

Sunday, November 18, 2012

kita berjanji

Situasi
buat kita lupa janji kita pada diri sendiri

Istiqamah
buat kita tetap ingat janji kita pada diri sendiri

Muhasabah
buat kita sentiasa perbaiki janji kita pada diri sendiri

Ikhlas
buat kita redha jika janji terjadi tak semacam janji kita pada diri sendiri


Kadang2 semangat kita, keterujaan kita tak kekal lama. Bila ada tekanan dari pelbagai sudut, waktu itu baru kita mula mahu buat yang terbaik. Tapi perasaan itu tak tahan lama. Seminggu. Dua minggu. Atau paling lama sebulan dua. Bila tekanan hilang. Bila kita abaikan perasaan. Bila kita tidak lagi memikirkan tekanan dan perasaan ada dua hasil akan kita perolehi, sama ada ketenangan atau pun putus asa.Jadi mana satu jadi pilihan? Tenang atau  Putus Asa. Selalunya tenang kita kecapi bila kita berjaya mengatasi tekanan. Mengatasi diri kita sendiri. Mengimplimentasikan janji pada diri. Dan putus asa pula bila kita sudah malas...malas mahu memikirkan tentang tekanan...tentang perasaan...kita akhirnya sekadar membiarkan. Janji....cuma tinggal janji.






Sunday, September 2, 2012

sahabat - Najwa Latiff

Najwa Latiff kata;

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh..

aku pulak tanya;

sampai bila?

- senyum - 


Friday, June 22, 2012

tetap

2010
jangan penah lupa
peristiwa yang buat
hati kau jadi keras
pendirian kau jadi tetap
tekad
menghantar warkah keramat

2011
jangan pernah lupa
kau menjadi penanti setia
perasaan sabar menyelubungi hati
putus asa sering datang menduga
sahabat sehati serasa 
tak sampai sebelah tangan totalnya
tiap tiap hari bermonolog dengan hati
harap harap hati tak merajuk
tetap memujuk
yang rezeki itu
bukan manusia yang tentukan

2012
jangan pernah lupa
30 tahun kau hidup
bukan untuk bernafas lega
tetap
teruskan perjuangan
apa yang kau rasa
dua tahun
mewakili hidup hidup bukan sekarang
tapi hidup hidup masa depan
dua puluh lapan tahun kau lalui
bukan untuk meratapi dua tahun
yang kau anggap paling ngeri :)

Sunday, May 13, 2012

- berubah -

sonyum saja aku tgk blogspot.com neh dah berubah wajah. nampak sangat dah lama aku x update blog aku...ha ha ha...bersawang! abeh tu cmno skang neh??? aku nak post entry pun rasa macam pes time create blog je...hahaha...sudah berubah...sangat berubah! tetibe jadi x reti nak tekan button ape!! :D

sudah berubah :D 
dari perubahan feature kat blog neh aku celah sket lah...mcm ada idea sket je nak menaip...ehehe...kalau dalam internet neh segala nya pun di update...di improve di ubah selalu...dasarnya pasti untuk memudahkan...mencanggehkan...tak mahu ketinggalan.
begitu kita juga manusia...mesti berubah...untuk jadi lebih baik...mematangkan...juga tak mahu ketinggalan. melakukan perubahan tidak semudah menyebut perkataan berubah. ada yg boleh terima...dan ada yg tidak. hati kena buka...kena terima...jika ditutup..disempitkan...takkan mahunya terima perubahan..
tak berubah :D
habis sampai bila mahu jadi sama? selesa dengan apa yg ada. rasa sudah cukup dgn apa yg dilakukan. kalau begitu tak guna berubah...sudah puas hati. benar? haha...fitrah manusia...memang...bersyukur...tapi perubahan tetap perlu....bersyukur dengan apa yg ada setelah kita tekad berusaha..tanpa akhiri dengan putus asa..syukur itu tak mahu mendatar sahaja....syukur juga kena lebih2 setiap hari...terus terusan...bertambah tambah...dan itu juga dikira perubahan..kalau takat yg sama...syukur nya takat yg sama juga....biar berubah..jadi lebih baik...jadi syukur nya lebih lebih...biar lebih dekat bila dah dekat. biar lebih rapat walau dah rapat..
berubahlah :D
biar iman jadi lebih lebih
biar amal jadi lebih lebih
biar sayang jadi lebih lebih
lebih lebih
lebih lebihkan Allah dlm segala urusan
dengan perubahan
insyaallah

Saturday, March 3, 2012

kebergantungan

-kebergantungan-

mengantungkan hidup kepada urusan dunia semata

yakin pada dunia melebihi yakin kepada kebesaran Allah
antara sedar dan tidak sedar

tak ada tak hidup
bila ada
lega sungguh sungguh
sampai lupa nak cakap alhamdulillah

mujur...
kalau tak....
laju saja keluar dari mulut

syukur...
macam susah sungguh nak sebut
lagi lagi la kalau nak suruh buat

kebergantungan terhadap benda, harta, material, manusia
oh dunia

Friday, February 3, 2012

aku

aku
semua tentang aku
aku mahu ini
aku mahu itu
aku rasa ini
aku rasa itu
aku
memang aku
aku yang kisah akan hidup aku
aku yang kisah akan pandangan org pada aku
fikir macam macam pasal aku
aku sendiri
aku mencintai
aku sedih hati
aku marah
aku benci
aku menangis
aku gembira
aku ketawa
aku kaya
aku miskin
aku aku belaka
hah! ternyata
aku sebenarnya selalu lupa
di sebalik aku
aku itu
aku ini
itu sahaja yang aku rungsingkan
itu sahaja yang aku beratkan
aku lupa yang satu itu
selalu saja
aku ini hamba Allah
aku itu juga hamba Allah
aku aku hamba Allah
Allah Maha Pencipta itu
menciptakan aku
jangan aku pernah lupa!

Monday, January 2, 2012

apa yg jadi memang patut terjadi

apa yg jadi patut terjadi
(senyum)
tetiba aku terpiki..apa yg jadi pada kita ni mmg sepatutnya terjadi..
ada yang dengan sedar dan ada yang tanpa sedar
dan ada yang mungkin rasa best ada yang mungkin rasa tak best
dan bila yang terjadi itu tak best di situ lah bermulanya perasaan tidak mahu menerima..seboleh2nya mahu menolak tanpa mencuba..kenapa? sbb tak best...siapa mahu perkara yang tak best..
(senyum lagi)
tatapi sebenarnya...apa yang terjadi itu adalah mengikut kemampuan kita pada waktu itu..jadi...apa yang terjadi itu mmg sepatutnya terjadi..benar kan?
mungkin ada sesetgh tidak bersetuju...adakah patut terjadi kesusahan pada seseorg? miskin..patutkah dia miskin...dan siapa yang mahu jadi miskin...malah tidak ada yang minta dijadikan miskin..kalau berdoa mesti mahu dilapangkan rezeki..
hmmm...kenapa dengan miskin? salahkah menjadi miskin? adakah miskin itu cuma di ukur pada harta? miskinn??? miskin dunia...mmg di ukur dengan harta bagaimana kalau miskin jiwa?
jadi apa yang terjadi...adakah tidak patut terjadi?
(masih senyum)
apa yang terjadi tetap patut terjadi...Allah memberi izin untuk kita mengubah diri kita sendiri...Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri..jadi kalau tidak mahu miskin harta berusaha lah untuk menjadi kaya..kalau sudah habis berusaha tak kaya kaya jugak macam mana? benarkah tak kaya? bukankah kalau kita sabar banyak banyak kita sudah kaya jiwa..
malah
pelbagai lagi musibah yang kita rasakan tak patut terjadi. sampaikan kita tertanya2 kenapa sesuatu perkara itu harus terjadi. kenapa? yang kita tak mahu...itu yang selalu kita dapat...dan itu yang seringkali berlaku..
dan selalunya segala yang tidak memenuhi kehendak kita itu lah yang kita labelkan sebagai musibah, sebagai kesusahan..kenapa tidak dijadikan sebagai peluang? peluang memperbaiki diri agar jadi lebih baik..bila kita melihat dari sisi positif...nah waktu itu lah kita rasa apa yg kita hadapi itu memang patut terjadi..tak kira apa pun halangannya...pasti pasti mmg pasti kita tentu akan rasa bersyukur dgn apa yg terjadi pada waktu itu juga!

bersyukurlah, bersabarlah, redhalah...apa yang terjadi mmg patut terjadi...ambil sebagai peluang untuk kita menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah..

(senyum ya semua...sesungguhnya Allah ada bersama kita)