royalty free images

Sunday, December 25, 2011

Rahsia Rezeki

rezeki
fikir sampai kusut

rezeki itu dari mana?
kalau tiada kepercayaan
pasti binggung

rezeki
benar benar hak Allah

kita cuma hamba yang tiada kuasa
fikir rezeki kita
kita sendiri yang punya
fikir kita usaha
hasilnya jadi hak kita

sedangkan rezeki itu
tersembunyi rahsia
Kebesaran
Keagungan
Maha Pemurah
Maha Pengasih
Maha Pemberi Rezeki
AllahuAkbar

biar berusaha bermati matian
kalau bukan belum masa
rezeki itu tidak akan jadi milik kita

rahsia rezeki itu rahsia kebesaran Tuhan..AllahuAkbar

Saturday, December 17, 2011

melihat dunia tanpa warna

petang td sempat menonton sedikit cerita hindustan bertajuk Guru. cerita tu start dengan filem hitam putih. cerita yang berlatarbelakangkan zaman 50an. tp sekejap je part hitam putih tu..lepas tu dah start ada kaler2 dah. cerita tu dah 2 3 kali aku tgk tapi starting td baru 1st time tgk...sblum neh asyik tgk tgh2 cerita dah. cerita pasal seorg lelaki yg tak boleh dgr pkataan 'tak boleh'...xda yang mustahil bagi Guru. dan akhirnya Guru bjaya menjadi bisnesmeng yg tersohor. :)

tapi bukan jalan cerita Guru yg aku nak taipkan dalam entri neh. waktu aku tgk part hitam putih dlm cerita tu tadi, dalam keadaan separa mengantuk aku terfikir bagaimana kalau dunia dilihat tanpa warna. hitam dan putih.

kat fb aku ada create photo album dgn nama 'bila hidup cuma ada hitam dan putih'. kiranya tadi bukan kali ptama aku terfikir pasal hitam putih neh. ha ha ha.

manusia menggambarkan hidup ini dengan menggunakan perkataan warna warni kehidupan.benarkah hidup ini penuh dengan warna? jika benar, warna apa yg mewakili kegembiraan? dan warna apa pula yg mewakili kesedihan? pasang surut dugaan yg tetap akan hadir. ujian yang ternyata bukan sia2 yg harus dihadapi oleh setiap manusia. itu lah kehidupan. mana pernah sunyi dek cubaan.

warna warni kehidupan..seri hidup. jadi kalau cuma ada hitam dan putih, tanpa warna...hidup tiada seri? suram? kelam? hitam?!

hidup kita. kita yang mencorakkannya. kita yang harus memilih warna apa yang kita mahukan untuk hidup kita. kita yang harus memberi warna buat hidup kita.jika mahu warna pelangi? maka, jadikanlah hidup kita sebagai pelangi. sentiasa indah walau gerimis masih belum berhenti.
dan jika hidup kita kelam...dan warna nya hitam...kita masih punya masa untuk memutihkannya dan mewarnakan semula hidup dengan warna yang kita impikan.impian. sebelum sampai waktu terhenti nafas, tertutup rapat mata...kita masih punya kesempatan. jangan pernah lelah untuk mencari ruang mewarnakan semula hidup kita. berdoa dan berusaha.

Allah menjadikan dunia ini penuh dengan warna warna. buat hambaNya tunduk menghayati bukti2 kebesaran Allah. keajaiban Allah. langit itu biru nyaman. rumput itu hijau segar. awan itu putih tenang. malah tanah itu sendiri ada campuran warna2nya..berbeza2..subhanallah ....bukankah tanah asal kita?

hidup kita, pada Allah kita berserah. hidup kita, Allah mengizinkan kita utk mewarnakan. dan andai kita telah tersalah warna...Allah hadirkan ujian...buat warna hidup kita neutral semula...masa itu lah kita melihat dunia tanpa warna...Maha Besar Allah yang memberi peluang untuk kita memilih semula warna warni hidup kita setelah didatangi kelam. lebih baik melihat dunia tanpa warna sebelum hadir warna warna lain. kerana seringkali waktu itu kita akan tahu makna syukur. dengan warna syukur...kita corakkan hidup kita.

warna kan hidup selari dengan warna yang sudah Allah tentukan. :)
insyaallah



Link