royalty free images

Monday, March 14, 2011

menjaga hati ~

menulis. menaip. memadam.delete delete dan menulis dan menaip semula.sudah lama rasa nya tidak mengarang secara berjela-jela dalam blog sendiri. sudah lama juga rasanya tidak merapu dalam blog sendiri. sudah lama. selama ini cuma bicara dengan diri sendiri tanpa mencoretkannya di sini. bermonolog sendiri. tentang kehidupan dan diri sendiri. memilih untuk membuat keputusan. dilema. apa yang terbaik. ternyata sebagai manusia akalnya cetek. pengetahuannya terhad. tidak tercapai dek akalnya apa yang terbaik untuknya.aku sgt pasti tentang itu. tapi keterhadan akal disempurnakan dengan besarnya milik rasa hati. kekuatan rasa hati dapat menyangkal segala apa yang digambarkan secara negatif oleh akal. keteguhan dan kesabaran hati bisa membawa kepada kekuatan diri sesorg. dan kelemahan hati bisa membuatkan semangat akal jiwa dan fizikal nya hilang sama sekali. hati yang mati.

mggu lepas aku bertemu dgn seorang teman. aku yang mmg nya seorg yg emosi dan sensetif bertambah emosi dan sensetif bila berbicara soal kehidupan yang dasarnya bermula dari hati (bicara soal hati bukan berkisar tentang soal cinta sahaja hokeh...sila amik nota :D ). hasilnya air mata aku berjurai2 mengalir. entah mengapa aku rasa sedih. sedih dengan segala2nya. sedih dengan situasi yang aku hadapi. sedih dengan keadaan sekeliling. sedih dengan mulut jahat orang. sedih. sedih dengan rakan2 yang tidak beri perhatian. sedih. sangat sedih. sungguh hati ini mudah sekali terguris. sungguh. Allah Maha Besar. menjadi kan sekecil hati dengan rasa yang sangat besar. sakit walau tak luka...rasanya di hati. gembira walau tak ketawa...rasanya di hati. rindu walau tak nampak...rasanya di hati. cinta walau tak di balas...rasanya di hati. benci walau tak diluah....rasanya di hati. menangis walau tak berair mata....rasanya juga di hati. semua rasa...hati yang rasa dahulu. ternyata...dalam anggota tubuh kita...hati lah harus paling di jaga.

hadith Rasulullah "“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)"


dan perbincangan dengannya tidak sia2 cuma. air mata ku yang mengalir juga tidak sia2 cuma. tidak dinafikan sejak hal itu aku sudah tidak mengubati hati aku dengan ubat jiwa yg sepatutnya. kata2 nya buat aku sedar. kerana emosi aku yang lemah...kerana hati aku yang lemah...letih dan malas menguasai jiwa ku. menguasai hati ku. menguasai diri ku. adakah aku menjadi lebih baik? adakah dugaan yang aku terima menjadikan aku lebih baik? atau aku terus-terusan jauh? benarlah...mudah berkata " aku beriman" tapi sungguh susah membuktikan. Allah mendatangkan sekecil2 dugaan...tapi aku membalas dengan segunung rungutan. astaghfirullahal'azim. sungguh...manusia itu khalifah...tp jangan pernah lupa...manusia itu juga hamba. kuasa khalifah nya bukan datang dengan sendirinya. bila kuat hati nya meyakini dirinya sebagai hamba Allah...maka kuat lah jiwanya untuk mengemudi hidup nya dunia akhirat.

jangan pernah lelah menghidupkan semula hati. menyucikan semula hati. mencari cahaya buat hati.jagalah hati. dirikan solat. berdoa lah. bermujahadah lah. hidup mati cuma kerana Allah.


***nota kaki: ayat dari teman ku buat diri ku...dan aku mahu abadikan di sini..."su..kalau hubungan dengan Allah pun mereka tidak jaga...macam mana mereka mahu menjaga hubungan dengan manusia?" jangan pernah kecil hati dengan org yang begini...maafkan lah mereka su.

2 comments:

Putera Bongsu said...

nice background!

hun said...

suka kata-kata kawan mu itu..benar dan sungguh benar..aku windu ko sue!