royalty free images

Thursday, June 30, 2011

Pengumpat

rasa lama tak update blog nih..blog s-aitouch pun macam serabut2 lagi. tak betul2 organize lagi.. juz main post je entry yang rasa nak post. so rasa macam ada sedikit kecelaruan dalam idup je dua tiga menjak neh...ha ha ha. apa2 pun lupa kan sebentar bab kecelaruan si penulis. biar kan dia dengan perasaan celarunya :D. semalam aku mula balik benda yang dah lama aku berhenti dari membuatnya. alhamdulillah...semoga hati aku masih terang untuk itu..dengan izin Allah. doakan saya! dan...aku jumpa sesuatu yang mahu aku kongsi...

tadi pagi juga sempat dengar Ustaz Harun Din berkongsi dalam Tanyalah Ustaz..topiknya Isra' Mi'raj dan wanita. kenapa wanita juga dikaitkan dengan isra' mi'raj? kerana dalam peristiwa tersebut ada pengajaran tentang wanita yang dapat dilihat dari kisah Masyitah, seorang wanita penghulu syurga. dan juga seksaan yang akan diterima oleh wanita terhadap dosa2 mereka. sedikit rujukan aku amik di ahmadrusdi.com sila sudi2 baca lanjutannya hokeh.

Ustaz Harun Din ada cakap tadi menurut peristiwa tersebut, kaum wanita adalah yang paling ramai menjadi ahli neraka dan salah satu sebab nya adalah kerana sikap suka mengumpat yang sangat sinonim dengan wanita. kembali merujuk pada perenggan pertama dalam entri ini. perkara yang aku nak kongsi sebenarnya...membacanya buat aku terdetik untuk post satu entri seperti tajuk di atas. 'Pengumpat'...tahukan anda bahawa ada surah Allah wahyukan pada Rasulullah khusus untuk pengumpat? sungguh aku juga tergolong dalam orang yang lalai dan juga suka mengumpat ini...tanpa sedar. tercela lah bagi ku...semoga hati dan mulut kita sentiasa terperlihara dari mengata2 tentang orang lain...insyaallah...arghh...sungguh kadang2 aku benar2 terlupa dan suka mengikut perasaan. tidak dapat langsung untuk bertahan..kasihan.

Surah Al Humazah (1-9)
adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

*** sumber

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
  2. الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,
  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
  4. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah
  5. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
  6. نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
  7. الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ yang (membakar) sampai ke hati.
  8. إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
  9. فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

sesungguhnya kata2 Allah itu adalah benar!



No comments: