royalty free images

Tuesday, September 22, 2009

ramadhan sudah berlalu

berlalu lah sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira

gembira beraya.gembira bergaya.gembira bertemu sanak saudara. ramadhan sudah ditinggalkan.semoga dipanjangkan umur untuk bertemu kembali ramadhan. insyaallah.

ramai memanggil bulan ramadhan sebagai bulan ibadah.kita perpuasa, solat terawikh, tadarus, solat malam dan pelbagai lagi ibadah yang tak pernah kita lakukan dalam bulan2 lain kita lakukan dalam bulan ramadhan.alhamdulillah. semoga amalan2 yang di latih diri untuk dilakukan di dlm bulan ramadhan ini diteruskan di dlm bulan2 lain kerana ibadah skopnya luas bukan sekadar solat dan puasa, sedekah dan sebagainya. bekerja dengan niat lillahitaala juga adalah ibadah.bekerja yang diniatkan kerana Allah itu pastinya secara automatik akan menwujudkan rasa ikhlas, jujur dan bersungguh2. hidup ini sebenarnya dipenuhi oleh ibadah. dan manusia diciptakan sebagai hamba dan khalifah Allah. kita tak kekal di dunia ini. beribadah lah selagi kita mampu.

biarlah gembira yang kita rasa...kita rasa sampai akhirat!

No comments: